Friday, July 3, 2009

Dunia pekerjaan, tinggal di Singapura pejabat di JB.

Aku pulang semula ke Singapura setelah mendapat kebenaran untuk bertukar ke Johor Bahru. Aku bekerja dengan Jabatan Kerja Raya Malaysia di Johor Bahru. Setiap pagi pukul 6.00 pagi aku akan keluar dari rumah dan menaiki bas ke Johor Bahru dan harus sampai di pejabat sebelum jam 8 pagi. Aku lakukan ini selama hampir 3 tahun. Pada masa itu girl friend aku bekerja dengan sebuah syarikat Perancis di Macperson. Aku bertunang selepas 2 tahun bekerja dan mendirikan rumah tangga setahun kemudian. Ada seorang kawan yang bersama sama setiap pagi menaiki bas dengan ku ke Johor Bahru. Namanya Salimah juga iaitu Salimah Sinwan. Salimah juga aktif di dalam bidang seni dan merupakan penggubah lagu kepada lagu tema Aseanika 1982 kalau tidak silap aku. Kami berkawan rapat tetapi aku tidak pernah menceritakan bahawa aku sudah bertunang. Aku rahsiakan pertunangan ku sehinggalah aku menghulurkan kad jemputan Walimatul Urus. Beliau terperanjat dan menangis tetapi tiada apa yang dapat aku lakukan. Aku sangat menyayangi tunang ku dan aku selalu menganggap beliau sebagai seorang kawan sahaja. Tidak lebih dari itu...
Sepanjang bekerja di Johor Bahru, aku dapat menyiapkan beberapa projek seperti pejabat kerajaan Kulai, wad di raja hospital Sultanah Aminah, ubah suai istana bukit Serene, Masjid tambahan Telok Blangah dan Masjid Kampong Melayu. Aku bekerja di bawah pengawasan seorang arkitek yang cukup berdidikasi dan sering mengingatkan aku tentang pentingnya waktu. Hari ini beliau menguruskan firma arkiteknya sendiri di Kuala Lumpur.
Aku bernikah di Johor bahru dan di sandingkan di Singapura. Isteriku adalah teman rapat ku dari sekolah menengah hinggalah aku jatuh cinta pada saat aku hampir menamatkan pengajian ku. Apabila aku mencadangkan bahawa aku ingin memperisterikan beliau, dia mengangguk setuju. Kami di satukan pada 29hb Mei 1983 dan hingga kini kami masih tetap utuh walau pun banyak cabaran yang kami hadapi. Aku nak pergi bersihkan toilet sekarang ni. Nanti aku sambung lagi.