Bercakap pasal makan ni, Singapura memanglah kaya dengan berbagai2 jenis makanan. Makanannya pun sungguh sedap2, berbagai bagai jenis dan murah sekali jika dibeli di gerai gerai biasa atau pun di pasar pasar makan berbanding dengan tempat tempat lain walau pun di KL. Maksud ku kalau dibandingkan epal dengan epal pada nilai angka satu.
Kalau aku ke majlis perkahwinan, mak ooi makanan untuk jamuan nya sungguh berbagai dan banyak sekali. Tidak ada tempat yang menyediakan makanan 'semewah' di sini. Lauk pauknya sungguh banyak sekali, pencuci mulutnya pula berbagai bagai dari bubur yang berjenis2 sampai ke kueh mueh dan buah2an yang bermacam2. Pendek kata tak termakanlah. Berapa banyaklah yang boleh kita makan, paling tidak sedikit nasi dan lauk2 yang di pileh kemudian sedikit kueh dan buah. Full stop. Tangki dah semakin mengecil..hehe..Apa yang aku katakan tadi bukanlah di hotel2 atau pun di tempat tempat bertutup yang ada 'kelas' tetapi ianya hanyalah dibawah bawah kolong flat.
Aku biasa menghadiri majlis majlis perkahwinan di merata Malaysia dan Indonesia yang diadakan di tempat tempat yang mewah tetapi secara peribadi aku katakan bahawa tentang makanan di kedua2 negara itu tidaklah dapat mengatasi makanan yang disediakan dibawah bawah kolong flat di Singapura ini. Tak boleh 'angs' kata orang di kota singa ini.
Kau tahu dalam banyak perkara aku masih cuba mengimbau perkara perkara silam yang pernah aku lalui di sini. Kadang kadang aku memandu dengan tiada tujuan kesana kemari hanya untuk mengenang kembali kenangan masa silam ku. Setelah puas aku melawat semula tempat tempat yang pernah aku pergi dahulu, aku akan pergi pula ke tempat tempat di mana isteri ku sendiri pernah menjalani pengalaman atau pun kehidupan beliau. Bukan apa, kami senang sekali bercerita mengenai pengalaman yang sama di tempat tempat yang sama. Itulah kelebihan kalau kita mempunyai pasangan yang sama sama melalui zaman silam dalam fasa yang sama dan di tempat yang sama. Bestkan?
Sekarang aku begitu ingin sekali menemui teman teman sekolah ku semasa aku berada di Singapura. Rindu yang teramat sangat kerana rata rata kami telah pun melebihi angka 50. Hehe...maksudku tentang umur kami. InshaAllah aku akan berjumpa mereka lagi dalam waktu terdekat ini. Aku ingin melihat sendiri bagaimana rupa teman teman ku pada masa ini. Adakah mereka sihat, berapa anak mereka, ye lah perkara perkara yang telah lama kita tinggalkan bersama, tentang kehidupan, topik topik biasa dan bukanlah tentang perkara perkara yang menimbulkan perbalahan. Aku tidak mahu membicarakan tentang perkara perkara yang boleh menjauhkan aku dengan teman teman ku. Aku ingin bertanya perkara perkara biasa yang mewarnai kehidupan di Singapura ini. Dengan izin Allah aku dan beberapa kawan lama ku akan menganjurkan pertemuan seramai mungkin yang boleh, mungkin seramai 60-70 orang, setelah hampir 35 tahun kami tidak berjumpa. Satu jangka waktu yang cukup panjang dan aku akan merealisasikan impian ini....InshaAllah.
Tuesday, March 30, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)