Seperti yang aku katakan dalam posting aku sebelum ini bahawa aku ingin bertemu semula dengan teman teman persekolahan ku tidak lama lagi. Pada tanggal 18 April lalu bertempat disebuah hotel terkemuka di Scotts road, impian ku ini menjadi kenyataan. Aku dapat menemui semula teman teman ku yang telah lama menghilang selama 35 tahun. Hari itu kami bertemu semula dalam suasana yang sungguh meriah dan tidak ada kata yang dapat menggambarkan perasaan kami masing2. Bayangkanlah kami bertemu semula setelah 35 tahun kami meninggalkan alam persekolahan, iaitu suatu tempoh yang amat panjang bagi mana mana pertemuan semula untuk rakan rakan satu persekolahan. Aku percaya bahawa pertemuan itu adalah menjadi kepentingan semua untuk bertemu rakan rakan mereka yang telah lama menghilang, berbual mesra dan merapatkan semula silaturrahim yang telah terputus sekian lama.
Disamping teman teman yang hampir melebihi 60 orang, aku juga dapat bertemu semula dengan guru guru yang telah mendidik kami sewaktu zaman persekolahan dan merasa amat gembira dapat berjumpa dengan cikgu Ashari Alwi, Salmah Mohd Amin, Selamat Omar, Rahim Rashad, Rahim Yassin, Aminah Khamis, Sarimah dan juga cikgu Sapinah. Alhamdulillah, mereka masih kelihatan sihat dan amat gembira dapat berjumpa semula anak anak murid mereka. Sayangnya aku tidak mempunyai banyak waktu untuk 'menemuduga' dan beramah mesra dengan mereka dan juga teman teman aku yang telah lama aku tidak berjumpa. InshaAllah dilain pertemuan aku akan cuba bertemu dan menanyakan hal satu persatu jika waktu tidak mencemburui aku lagi.
Masa begitu pantas berlalu pada hari pertemuan itu berlangsung. Tup tup lampu dewan makan itu telah dipadamkan dan kami harus segera menyelesaikan acara beramah mesra kami untuk memberi laluan pada sessi makan malam pula. Feedback yang kami perolehi ialah semuanya kurang minat untuk makan tetapi sibuk dengan acara perbualan. Apabila mereka sampai ke rumah, baharulah mereka berasa lapar. Bayangkanlah bagaimana 'the power of silaturrahim' dapat mengatasi perut yang lapar....hehe..Aku berharap pertemuan ini bukanlah pertemuan pertama dan terakhir. Mudah mudahan banyak lagi pertemuan dapat kami anjurkan untuk menguatkan semula hubungan yang telah terjalin. Pada hari itu aku dan teman ahli jawatankuasa ingin merakamkan jutaan terima kasih kerana kesudian teman teman kami untuk menghadiri dan menjayakan majlis pertemuan semula BVSS class of 75dengan penuh gemilang.
Kami juga ingin merakamkan bahawa kami berasa amat gembira yang tidak terkira kerana dapat menghimpunkan bilangan yang agak ramai berbanding target permulaaan kami yang seramai hanya 30 orang. Sudah pun ada cadangan bahawa pertemuan akan datang dapat menghimpunkan keseluruhan class of 75 dan dengan kerjasama semua pihak, aku pasti perkara ini bukannlah perkara mustahil untuk di lakukan. InshaAllah......
Disini aku ingin merakamkan nama rakan rakan ku satu persatu kerana kehadiran mereka yang membuat pertemuan semula ini menjadi satu sejarah dalam liputan hidup aku. Mereka mereka ialah Ahmad Kamsani Suntari, Aishah Sanipan, Asgar Haniff, Asnah Yem, Esah Othman, Faridah Ahmad, Ustaz Mohd Nor, Habibah Ibrahim, Hamidah Ali, Hamisliah Man, Hashim Amin, Hasmah Hussain, Husaini Sinwan, Israf Salleh, Jalilah Shamsudin, Jamaliah Ahmad, Jamaliah Mahfoz dan suami, Jamaliah Musa, Kalsom Ismail, Kaltom Tawan, Kamsani Mohamin, Karisah Subari dan suami En. Maamun, Kasmah Samaon, Latifah Bee Firus Ali,Latifah Mas'od, Mahani Damiri, Mahdalifa Latiff, Maryati Sarkam, Masturah Mohd Dan, Mohd Said Rasid, Misrah Ahmad, Nora Yunos, Norati Bakar, Norhayati Ramli, Norazni Jirkaseh, Nordin Sueb, Normala Omar, Radiah Abd Jabar, Rahmah Gani, Ramonah Maarof, Rohana Jailani, Rosidah Rahmad, Sabariah Ramilan, Saineb Ahmad, Sairurah Sairi, Salbiah Sumonor, Sapiah Atan, Sapuan Ahmad, Sharipah Sayuti, Siti Muatikah, Suaidah Sinwan, Supandi Yusof, Zaidah Salleh, Zainon Sain, Zaiton Tiron dan Tubah Samin. Terima kasih teman teman semua kerana bersama sama merealisasikan impian kita semua...
Ramai lagi wajah wajah yang tidak dapat aku ketemui kerana mereka mempunyai atur cara sendiri yang telah mereka rancangkan terlebih dahulu dan juga teman teman yang tidak dapat hadir kerana bermastautin diluar Singapura. InshaAllah, satu lagi pertemuan akan di aturkan iatu petemuan hari raya aidilfitri yang dijadualkan berlangsung pada pertengahan bulan Syawal. Nantikan peengumuman penting ini nanti dan aku percaya kita akan dapat menghimpunkan lebih ramai teman teman yang telah lama kita tidak ketemui.
Akhir sekali, aku dan rakan rakan jawatankuasa meminta ampun dan maaf jika ada kata kata kami yang menyinggung perasaan dan terdapat kekurangan dan kesilapan dalam mengendalikan acara reunion 2010 ini...maaf dari kami..:)
Saturday, April 24, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)