Kehidupan disini tidaklah seperti semasa aku tinggal di Australia atau pun di Scotland dahulu. Keadaannya sungguh berbeza kerana cuaca dan juga cara hidup orang orang Arab yang lebih konservatif berbanding dengan orang orang Barat. Kaum wanitanya hanya keluar jika ditemani suami atau pun kaum keluarga yang terdekat. Itu pun kalau mereka ke pusat membeli belah di gedung gedung membeli belah berhawa dingin. Jarang sekali mereka dapat dilihat di tepi tepi jalan atau pun di kedai kedai kecil sepanjang jalan.
Pekerjaan ku disini sungguh mencabar kerana harus sentiasa cuba mengatasi ‘deadline’ yang menjadi tanggung jawab ku sebagai ketua jabatan dibahagian rekabentuk dan kejuruteraan. Aku dibantu oleh 6 orang arkitek dan hampir 20 orang jurutera yang kemudian pula disokong oleh pelukis pelukis pelan dan juru teknik2 yang datang dari merata tempat. Mengikut perjanjian kontrak pekerjaan ku, aku hanya bekerja 5 hari setengah seminggu iatu setengah hari pada hari khamis dan cuti pada hari Jumaat. Oleh kerana tugas kerja yang terlalu banyak, aku terpaksa menghabiskan waktu kerja hari khamis ku hingga ke petang. Hari Jumaat barulah aku dapat menghabiskan waktu dengan membeli belah dan bersantai bersama isteri ku.
Pada setiap hari cuti Jumaat , kami akan berbelanja di sebuah pasaraya di Doha City Center Shopping Center yang terletak di pusat Bandar baru Doha. Ia merupakan pusat membeli belah terbesar di kota Doha ini. Kami akan menghabiskan waktu dengan membeli belah untuk kegunaan harian seminggu, makan makan apa sahaja yang kami teringin disini yang biasanya ialah restoran restoran besar dari Amerika dan melihat acara acara yang di adakan disini. Disini juga terdapat sebuah Masjid yang agak besar dimana aku menunaikan setiap sholat Jumaat ku pada setiap minggu disini. Boleh dikatakan sudah menjadi rutin bahawa setiap minggu itulah perkara yang sama kami lakukan disamping melihat pemandangan indah disepanjang jalan tepi pantai Doha yang dipanggil Al-Corniche. Al-Cornice bolehlah juga dipanggil sebagai beach road kerana jalan raya nya indah selari dengan ‘water front’. Jadi ramailah orang bersantai dan berkelah di sepanjang Al-Corniche terutama pada waktu petang. Aku diberitahu bahawa dalam musim sejuk kawasan sepanjang pantai akan menjadi amat sibuk dengan orang ramai dan kenderaan mereka kerana berkelah bersama keluarga.
Apa yang aku kurang senangi disini ialah sikap ‘racist’ orang orang Arab terhadap orang orang pendatang. Mereka amat memandang rendah terhadap pekerja pekerja yang datang dari India, Bangladesh dan Pakistan. Mereka juga memandang rendah terhadap pekerja pekerja Filipina yang begitu ramai disini yang bekerja dalam sektor perkhidmatan dan penjualan. Pekerja pekerja dari benua kecil India biasanya adalah buroh buroh kasar yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi Qatar. Orang orang Qatar sendiri pada pendapat saya adalah amat malas dan hanya bekerja dalam sektor awam dimana pekerjaan mereka amat mudah, tidak cekap, perlahan dan terlalu banyak birokrasinya. Untuk menyelesaikan urusan mudah mengambil waktu yang cukup panjang dan banyak pula karenahnya. Aku tidak tahu apa akan jadi pada pembangunan dan ekonomi Qatar jika tidak ada pekerja pekerja yang di bawa dari luar ini.
Orang orang Qatar ini akan melayan ‘Mat Saleh’ dengan cukup baik hingga kami disini selalu mengatakan bahawa mereka ini ‘suck up to the Americans and the British’. Apa tidaknya mereka akan menjadi begitu peramah dan lemah lembut bila berhadapan dengan Mat Saleh2 American dan British ini. Bagi ku, aku akan mengenalkan diriku seorang yang datang dari Singapura atau pun Malaysia, dan mereka tidaklah menyangka kami ini dari Filipina kerana rupa bentuk kami yang serupa. Mereka melayan kami dengan baik juga tetapi tahapnya masih dibawah tahap layanan mereka terhadap Mat Saleh2 yang aku katakana tadi.
Satu lagi perkara yang aku tidak gemari disini ialah cara pemanduan kenderaan mereka dijalan raya yang sungguh ganas, kasar dan tidak berhemah dan berbudi bahasa. Mereka juga suka memandu kenderaan dengan laju dan membahayakan pengguna2 jalan raya yang lain. Aku selalu mengalami pengalaman ‘near miss’ dengan kemalangan jalanraya yang melibatkan pemandu pemandu Arab ini. Aku juga merasa bahawa mereka ini amat ‘arrogant’ dan selalu merasakan bahawa mereka adalah seseorang yang berkuasa di Negara mereka ini. Tiada apa yang baik dapat aku katakan mengenai orang orang Arab disini kecuali perkara perkara negative yang mereka lakukan. Seorang teman Arab ku yang kebetulan adalah pengurus dibahagian lain mengatakan bahawa orang orang Arab ini adalah ‘bandits and crooks’ yang masih belum bertamadun walaupun dicurah dengan rezeki yang melimpah ruah dari Allah SWT. Ini adalah kenyataan yang dikeluarkan dari mulut seorang Arab sendiri yang menjadi penduduk peribumi Qatar sejak dahulu kala. Entahlah aku sendiri tidak faham mengapa boleh terjadi sedemikian rupa. Kekayaan menjadikan mereka angkuh dan tidak tahu adab kesopanan dan kesusilaan sesama manusia. Aku berdoa supaya mereka sedar bahawa ada dikalangan saudara mereka dan juga aku yang berada di Palestin masih lagi belum di bela nasib mereka. Pada pendapat aku mereka harus bersatu untuk membela nasib nasib saudara Arab Palestine mereka.
Oh ya, mungkin perkara yang baik dapat aku katakana disini ialah semangat kebangsaan dan patriotism mereka yang kuat tentang asal usul mereka sebagai orang Arab. Kaum wanita nya akan memakai baju serba hitam dari hujung rambut hingga ke kaki yang di panggil abaya. Mereka sentiasa menutup aurat walaupun berada dipusat pusat membeli belah moden. Walau bagaimana pun ada juga kaum wanita mereka yang saya ketemui hanya memakai jean dan T-shirt sahaja tetapi jumlahnya tidak ramai. Kaum Adamnya selalu memakai jubah serba putih walau pun berada di pusat pusat membeli belah, apabila memandu dan bekerja di pejabat pejabat kerajaan. Jadi seakan ada keseragaman dalam pakaian seharian mereka. Atau pun keseragaman mereka menjadikan mereka lebih angkuh?
Thursday, November 25, 2010
Berangkat ke Doha
Memang sudah lama aku tidak menulis…sudah terlalu lama kerana aku sangat sibuk dengan kegiatan harian ku. Semenjak perjumpaan semula teman2 sekolah ku iaitu reunion BVSS 75 hinggalah sekarang aku amat sibuk sekali. Banyak perkara yang berlaku dalam menjalani kehidupan seharian ku. Apa yang penting, teman teman ku sudah semakin rapat antara satu sama lain dan selalu berhubungan jika ada perkara perkara seperti Walimatul Urus, kenduri kendara atau pun perjumpaan dalam kumpulan kumpulan kecil.
Aku sendiri sudah tidak bertugas lagi di Penguasa Penerbangan Singapura untuk menaik taraf Terminal 1 di Changi Airport. Aku meninggalkan tugas ku di Changi pada bulan Julai lepas kerana memulakan tugas baru di Doha , Qatar. Aku menerima tawaran untuk bertugas di Doha semata mata untuk menambah pengalaman ku bertugas di Negara Teluk tersebut. Aku memulakan tugas ku pada 8hb August 2010 untuk membina lapangan antarabangsa Doha yang baru.
Aku berangkat ke Doha sendirian dahulu kerana isteri ku masih lagi menemankan anak lelaki yang masih bercuti semester universitinya di Singapura. Semasa aku berangkat pada pagi sabtu itu, ramai juga anak anak buah ku yang menghantar ku di lapangan terbang Changi selain dari isteri serta anak ku dan temanitanya. Aku juga agak terkejut dan tidak menyangka kerana sahabat lama ku yang bernama Jamaliah Ahmad dan anak anak juga menghantar ku di Lapangan terbang. Perasaan sedih menyelubungi diri ku kerana meninggalkan keluarga dan teman teman ku di Singapura. Penerbangan ke Dubai memakan masa lebih kurang 7 jam dengan transit selama 2 jam dan 1 jam penerbangan lagi ke Doha.
Semasa aku tiba di Doha, cuaca adalah cukup panas. Kalau tidak silap ku suhu adalah setinggi 48 darjah celcius. Mentari seakan membakar tubuh ku terutama bahagian kepala ku. Aku sampai di Doha waktu suhu panasnya sedang memuncak. Aku di jemput seorang pemandu bernama Mahmoud yang berasal dari Bangladesh yang sentiasa tersenyum, peramah dan amat hormat ku, lebih lebih lagi bila aku memberitahunya bahawa aku seorang Melayu yang beragama Islam. Aku ditempatkan di sebuah hotel di pusat Bandar lama Doha selama beberapa hari sebelum berpindah ke ‘service apartment’ yang berdekatan dengan pejabat ku. Mahmoud menjadi pemandu peribadi ku selama beberapa minggu sebelum aku di berikan kenderaan syarikat untuk kegunaan peribadi ku. Mahmoudlah yang mengambil aku dan menghantar aku pulang dari pejabat setiap hari. Hari hari berikutnya aku sudah dapat menyesuaikan diri ku dengan cuaca di Doha tetapi merasa amat rindu dengan isteri, keluarga dan teman teman rapat ku di Singapura dan Malaysia. Maklumlah aku sendirian di Doha lebih lebih lagi pada waktu itu kita semuanya sedang menjalani ibadah puasa dibulan Ramadan.
Isteri ku, Mas menyusuli ku seminggu sebelum ketibaan hari raya aidilfitri. Anak ku telah pulang semula ke Moscow untuk menjalani latihan sebagai ‘houseman’ di hospital di Negara kuasa besar itu. Dengan kedatangan isteri ku, tidaklah rasa kesunyian sangat apabila menyambut raya pada masa itu. Walaupun begitu aku dan isteri masih merasa kesunyian kerana hanya kami berdua yang menyambut syawal yang sepi di Doha, tanpa anak anak, keluarga dan sahabat sahabat yang aku sayangi. Kebiasaanya rumah kamilah yang paling ramai di serang oleh adik beradik dan anak anak buah sama ada di Singapura atau pun diMalaysia. Ianya tidak berlaku disini. Mahu tidak mahu kami masih boleh tersenyum dan gembira kerana setidak tidaknya raya dapat juga di sambut suami isteri di bandaraya yang amat asing bagi kami ini. Hari raya disini tidaklah disambut semeriah di Singapura ataupun di Malaysia kerana raya hanya disambut selama 3 hari dan di raikan oleh keluarga terdekat sahaja. Tiada pakaian sedondon, tiada kelihatan orang ramai ziarah menziarah atau pun suasana meriah dengan lampu kelap kelip atau yang seumpamanya. Kami sendiri hanya pergi ke kedutaan besar Malaysia untuk menyambut ailfitri dan kemudian pulang terus kerumah. Tiada siapa yang mengadakan rumah terbuka pada hari itu tetapi kami dapat berkenalan dengan beberapa keluarga ‘expatriates’ yang lain dari Malaysia. Kebanyakan mereka bekerja di dalam bidang gas dan petroleum dan juga pembinaan. Rata rata adalah ahli ahli professional dan tenaga mahir yang membantu Qatar dalam perkembangan ekonominya yang amat pesat pada masa ini. Qatar mempunyai pendapatan per kapita yang tertinggi sekali di dunia setelah mengatasi Luxembourg setahun yang lalu. Maka banyaklah warga warga asing dari merata di dunia berada di Doha terutama warga Amerika Syarikat dan Britain yang memonopoli banyak bidang perniagaan dan pembangunan di Qatar ini. Setesyen television antarabangsa Al-Jazeera juga berpusat disini yang siaranya semakin diminati para penonton seluruh dunia.
Sebelum isteri ku tiba di Doha, aku di berikan sebuah apartment 3 bilik di sebuah suburb di luar Doha. Apartmentnya amat selesa dan dilengkapi dengan kolam renang, gymnasium latihan fitness dan juga kemudahan kemudahan sukan tenis, bola keranjang dan lain lain. Kalau di Singapura ianya di panggil condominium tetapi disini dipanggil ‘village’, satu penempatan yang di panggil ‘gated community’. Jiran jiran ku terdiri dari warga warga British, American, Australian, Negara Negara teluk yang lain dan ada juga dari Malaysia, Filipina, Indonesia, Singapura dan India.

Subscribe to:
Posts (Atom)