Friday, February 26, 2010

Singapura..gastronomic capital of Asia.

Masa berlalu dengan begitu pantas sekali. Tanpa aku sedari, aku telah pun berada di Singapura selama hampir dua tahun. Satu jangkamasa yang tidak begitu lama tetapi aku telah pun merasa sudah berada didalam arus perdana kehidupan disini. Banyak perkara yang aku dapat lakukan semula seperti menghadiri majlis perkahwinan pada hampir setiap minggu (walaupun aku tidak berapa suka), revisit tempat2 yang pernah aku kunjungi semasa aku dizaman remaja, melawat semula sekolah sekolah dan kediaman lama ku. Membuat semula perkara perkara yang pernah aku lakukan dahulu seperti pergi ke khutub khanah Queenstown, makan di Macdee Queenstown, makan ice kacang di Commonwealth Crescent, makan di pasar Tanglin Halt dan Brickworks, makan soto yang sedap di Adam Road (walaupun muka makcik yang jual tu masam aje) dan makan nasi lemak yang sedap di gerai no 2 (selalunya aku merasa mengantuk selepas makan nasi lemak tu), berbagai juadah dan masakan di Changi Point, jalan2 cari makan di merata Singapura seperti makan seafood di Bedok Reservoir, Changi Road, di sekitar Bussorah Street dimana murtabak dan nasi beryani nya adalah yang terbaik di dunia (pendapat peribadi ku sahaja), makan nasi padang dimana sahaja aku jumpa seperti di pasar Geylang Serai, nasi padang di River Valley, gerai madam Rubiah di pasar Whampoa, kedai makan Wisuri (dah tutup pulak), Pariaman, kedai sabar menanti dan beberapa kedai pak Arab di Arab Street...hehe. Not to mention setiap kali kami suami isteri akan berada di Jalan Kayu untuk sarapan pagi atau pun makan malam.
Perkara perkara beginilah yang membuat aku merasa miss sangat pada Singapura. Kegiatan kegiatan ini tidak banyak membantu aku dalam mengekalkan berat badan aku pada tahap yang ideal. Bayangkan berat badan ku naik agak mendadak selepas pulang dari UK. Aku menjadi bertambah 'montel' dan seluar baju ku menjadi ketat sedikit. Aku pernah di tegur oleh seorang pak cik yang makan se meja dengan ku di pasar makan Bedok Interchange dimana aku makan soto ayam sebanyak 2 mangkuk sekali gus ia itu selepas 2 hari kami sampai di Singapura. Aku di tegur dengan soalan 'kenapa makan sampai dua mangkuk?'. Isteri ku tersenyum kerana beliau sendiri hanya makan gado gado. Aku menjawabnya dengan mengatakan bahawa aku rindu sangat nak makan soto kerana sudah hampir tiga tahun aku tidak makan soto ayam kerana tidak tinggal di Singapura. Kemudian perbualan kami menjadi amat rancak dan mesra apabila beliau menceritakan pengalaman kehidupan beliau semasa berada di Mauritius dan Australia dan seolah seolah beliau tidak mahu melepaskan kami pergi pada petang itu. Tapi kami harus pergi juga...nanti aku sambung lagi!

Friday, February 12, 2010

Berhijrah ke Kuala Lumpur, ke UK dan pulang ke Singapura semula.

Setelah pulang ke Singapura, aku mendaftarkan diri ku pada sebuah 'head hunting agency' yang berpengkalan di sini. Nasib aku amat baik kerana setelah menjalani beberapa proses temuduga aku mendapat pekerjaan sebagai pengurus disebuah syarikat pembinaan British di Kuala Lumpur. Setelah mendapat pekerjaan itu aku mempunyai masalah kerana pemerintah Singapura mahu aku menjalani perkhidmatan negara. Sebagai penduduk tetap aku juga tidak terkecuali dari di kerahkan untuk perkhidmatan negara. Pada masa itu, fikiran ku amat terganggu kerana aku telah pun menerima tawaran pekerjaan di Kuala Lumpur yang menawarkan pendapatan yang 'above average' disamping 'perks' yang sukar di tolak. Aku terpaksa turun naik berkali2 di Dempsey road ia itu pejabat utama kerahan tenaga. Pegawai2 disana menyatakan bahawa perkhidmatan tenaga amat baik buat ku dan juga aku akan menjadi seorang pegawai tentera kerana latar belakang pelajaran ku. Namun aku terus berusaha untuk di kecualikan. Akhirnya aku dapat berjumpa pegawai teratas dan menerangkan masalah aku yang sebenarnya. Beliau mendengar kes ku dengan kyusuk dan akhirnya membenarkan aku dikecualikan dari menjalani perkidmatan negara.
Aku berangkat ke Kuala Lumpur dengan segala persiapan telah pun di atur dengan rapi. Aku mendiami sebuah rumah di kawasan Subang Jaya berdekatan dengan pejabat ku di Kelana Jaya. Aku juga disediakan sebuah kereta syarikat tapi tidaklah dengan pemandu. Sebenarnya aku telah pun mempunyai sebuah rumah di Melawati yang telah lama ku beli semasa berada di Singapura lagi. Aku hanya menyewakan rumah itu tanpa aku pernah sekali pun mendiaminya.
Aku berkhidmat dengan Syarikat British ini agak lama iaitu selama hampir sembilan tahun. Aku telah pun menjadi pengurus kanan di Syarikat pembinaan antarabangsa ini yang mempunyai cawangan diseluruh dunia. Kereta syarikat pun yang aku pandu sendiri adalah lebih besar dari mula2 aku mula bekerja dahulu dan bilek ku hanya besebelahan dengan bilek pengarah urusan ku yang berbangsa Inggeris. Aku memang menjadi orang kepercayaan dan orang kanan beliau. Aku selalu diarahkan untuk mewakili beliau untuk mesyuarat2 penting diseluruh Asia Tenggara. Aku juga disediakan dengan seorang pembantu peribadi selama aku bekerja sembilan tahun disini. Pembantu peribadi ku adalah seorang gadis Cina yang pada mula bekerja statusnya masih bujang hinggalah dia mempunyai dua orang anak. Seorang pembantu peribadi yang cukup efisien, rajin bekerja, penguasaan bahasa Inggeris yang baik dan cukup akur dalam permasalahan ku dalam menjalankan tugas. Dalam banyak perkara dia lebih banyak mengetahui pergerakan ku diluar rumah dan siapa kawan kawan ku dari isteri ku sendiri...hehe..biasalah...
Setelah sekian lama aku bekerja disini aku dilamar oleh syarikat lain untuk jawatan CEO dengan imbuhan yang lebih lumayan disamping sebuah kereta mewah Mercedes disediakan untuk kegunaan ku sendiri. Aku ditugaskan untuk mengurus syarikat syarikat pembinaan dan juga hartanah yang mereka miliki. Kami pun telah berpindah kesebuah rumah banglo yang cukup besar milik sendiri di pinggir Kuala Lumpur dengan beberapa biji kenderaan mewah lagi untuk isteri dan anak ku. Sebenarnya aku sendiri adalah peminat kereta yang agak keterlaluan..hehe...Disini bermulalah pergaulan yang kurang disenangi oleh isteri ku kerana aku selalu pulang lewat dinihari kerana tugas2 penting dan tugas2 yang tersasar..hehe...Pada waktu itu juga aku telah membeli sebuah apartment di Singapura untuk pelaburan masa depan.
Dalam keghairahan mencari rezeki, aku sudah lupa tentang tanggung jawab ku sebagai seorang suami yang sepatutnya menghabiskan masa waktu2 bermutu untuk bersama keluarga. Anak ku pada masa itu telah pun menamatkan persekolahan berasrama penuhnya dan mendapat biasiswa kerajaan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di luar negara. Isteri ku pula merasa tersisih dan amat tertekan akibat pergaulan ku yang 'appear' sebagai kurang sihat di luar sana.
Setelah sekian lama, isteri ku mengeluarkan rasa isi hatinya dan kami berbincang dan aku mula melihat insan ini adalah segala2nya dalam kehidupan ku dan aku insaf. Syarikat aku juga menanggung banyak kerugian disebabkan kelembapan ekonomi sedunia yang membabitkan kegiatan hartanah dan pembinaan. Banyak projek2 dan kontrak2 yang telah berada di dalam 'book order' telah di batalkan atau ditangguhkan. Pada masa itu Abdullah Badawi adalah perdana menteri Malaysia dan aku banyak menyalahkan beliau tentang kelembapan ekonomi Malaysia pada waktu itu. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk berhenti menjadi sebagai CEO dan pengarah syarikat tersebut. Aku menefaatkan apa apa yang telah kami perolehi untuk aku keluar negara sekali lagi. Kali ini aku keluar negara dengan perbelanjaan sendiri. Aku berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ku dalam peringkat sarjana dalam senibina. Mungkin inilah alasan terbaik untuk aku mencari kedamaian dan 'patch up' semula hubungan ku suami isteri. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan kami terus terbang ke UK iaitu Scotland.
Di Scotland aku menjadi penuntut sepenuh masa dengan banyak membuat kerja2 research disamping coursework yang banyak memerlukan pengorbanan dari segi masa dan tenaga. Maklumlah telah lama aku tidak pergi ke universiti, jadi agak lambat juga enjinnya hendak panas. Dengan usaha gigih ku dan tahap kecerdasan otak yang masih berfungsi serta bantuan isteri ku yang tidak berbelah bagi, aku berjaya mengenggam ijazah sarjana senibina selepas ijazah professional senibina ku akhirnya. Senibina dalah satu kursus yang cukup sukar dan memakan masa yang agak lama berbanding dengan kursus2 lain walaupun kursus perubatan. Disini, aku juga adalah penasihat kepada pelajar2 Malaysia dan penaung pada kegiatan kegiatan mereka. Aku bukanlah yang tertua disini tetapi aku dianggap paling mudah untuk berbincang, agak sederhana dan terbuka serta bernas dari segi pendapat dan dapat diterima oleh yang tua dan juga yang muda. Aku menamatkan peringkat sarjana aku dalam masa setahun lebih sedikit dan kemudian terus bekerja disana. Sebenarnya aku sudah tidak ingin pulang kerana aku sangat betah dengan kehidupan yang sederhana dan gaya hidup yang tidak tertekan disamping rezeki yang melempah ruah dan kualiti hidup yang tinggi sama seperti semasa aku berada di Melbourne dahulu. Cuma Scotland ini terutama di bandar yang aku diami ini amatlah sejuk walaupun diwaktu musim panas. Salji tebal akan turun pada setiap musim sejuk yang kadang kadang berlanjutan agak lama dan ini amatlah 'miserable'. Isteri ku mendapat pekerjaan di sebuah hotel antarabangsa milik peniaga Singapura dan aku sendiri menjadi supervisor disebuah syarikat maintenance di Scotland ini. Aku pun sudah mempunyai ramai kawan2 dan jiran2 Scottish yang telah begitu rapat dengan kami. Jadi mengapa harus aku pulang?
Apa yang menjadi masalah ialah setiap kali aku menelefon Singapura, ibu ku akan menangis dan menyuruh aku pulang seberapa segera. Maklumlah ibu ku sudah kesaorangan dan menghidapi penyakit osteoarthritis yang agak advance. Untuk rekod aku juga mendapat tawaran untuk bekerja di Dubai sebagai pensyarah di American University of Dubai. Kemudiaannya aku membuat keputusan untuk menerima tawaran itu dan pulang ke Singapura untuk 3 bulan sebelum berangkat ke Dubai semula. Aku pulang ke Singapura semula setelah berada di Scotland selama hampir 3 tahun. Satu pengalaman kehidupan yang manis dan akan ku kenang hingga ke akhir hayat ku. Bukan apa, walaupun disana aku tidak mempunyai kedudukan dan tidak mempunyai kemewahan yang sangat2 tetapi kehidupan kami tenang dan mendapat kedamaian yang memang kami dambarkan. Sekembalinya aku ke Singapura, aku terus mencari kontraktor untuk kerja2 kecil ubah suai apartment yang telah ku beli agak sekian lama juga. Semasa di UK, apartment itu aku sewakan kepada seorang jurugambar profesional berasal dari Indonesia. Keadaannya cukup baik dan segala perabut yang ku tinggalkan masa aku ke Scotland juga terjaga dengan rapi.
Semasa penantian 3 bulan sebelum berangkat ke Dubai, aku cuba2 mencari pekerjaan di Singapura. Dengan izin Allah dan mungkin ada rezeki ku di kota singa ini, aku ditawarkan pekerjaan sebagai 'chief cleaner' oleh Penguasa Penerbangan Awam Singapura dengan imbuhan yang lebih baik dari tawaran yang aku terima diDubai. Aku terus menerimanya kerana ibu ku berharap benar supaya aku dapat terus tinggal di Singapura dan menjaganya. Satu lagi harapan dan impian ku ialah untuk mencari semula teman2 lama ku semasa aku berada disekolah rendah dan menengah yang amat2 aku rindukan. InsyaAllah...aku akan mencari dan bertemu dengan mereka. Disinilah aku sekarang dan aku masih lagi menjadi 'chief cleaner' di airport terbaik dunia ini walau pun stress level nya amat tinggi untuk menjadikan airport ini masih yang terbersih didunia...hehehe

Thursday, February 11, 2010

Melbourne, Australia

Baru ini aku dapat menulis semula kerana sibuk dengan kerja kerja penyelidikan untuk thesis aku disamping tugas ku sebagai chief cleaner yang semakin sibuk di terminal lapangan terbang yang besar ini. Nantilah aku ceritakan bila tiba waktunya.
Setelah bekerja beberapa lama sebagai pengurus pemasaran dan jualan aku sudah merasa ada sesuatu yang kurang pada ku. Aku ingin sambung belajar lagi kerana apa yang aku perolehi tidaklah setinggi mana walaupun aku telah menamatkan pengajian pengurusan di peringkat diploma di institut pengurusan Singapura secara sambilan. Aku bertekad untuk keluar negara.
Setelah berbincang dengan isteri ku aku terus mencari tempat di UK dan Australia untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana muda. Disamping itu aku mendapat pinjaman bank dan juga pinjaman dari Yayasan Pelajaran Johor setelah mendapat tempat di sebuah universiti di Melbourne, Australia.
Aku berangkat bersama keluarga kecil ku dengan diiringi oleh tangisan dan kesedihan yang amat sangat oleh kaum keluarga ku di Singapura. Maklumlah keluarga isteri ku cukup besar. Boleh dikatakan cukup ramai keluarga isteri ku dan juga keluarga ku yang menghantar kami. Terminal 2 inilah tempat aku berangkat meninggalkan Singapura kira2 20 tahun dahulu. Little that I know, aku bertugas semula di terminal 2 ini sebagai chief cleaner..hehe.
Sesampainya di Tullamarine airport, Melbourne, kami di jemput oleh pegawai universiti dan terus menghantar kami ke perkampongan universiti di Preston, sebuah suburb di Melbourne. Cuaca amat dingin pagi itu walaupun pada waktu itu baru musim gugur. Walau bagaimana pun kami telah pun membuat persediaan yang rapi tentang pakaian dan pertukaran cuaca.
Melbourne adalah bandaraya kedua terbesar di Australia dan mempunyai penduduk berbagai bangsa. Etnik terbesar ialah kaum Inggeris yang berasal dari UK, kemudian masyarakat Greek yang amat besar, Itali, Yahudi, Arab dan berbagai bangsa dari merata dunia. Kami merasa amat selesa berada di Melbourne dan ingin merakamkan bahawa fasa kehidupan kami disini adalah cukup indah dan bahagia disamping persekitaran Melbourne yang cukup indah, bersih dan agak perlahan fasa kehidupannya dibandingkan Singapura atau pun Kuala Lumpur.
Penuntut Melayu cukup ramai disini terutama yang berasal dari Malaysia dan Indonesia. Terdapat juga penuntut2 Melayu Singapura tetapi jumlahnya amat sedikit sekali. Aku telah pun mempunyai kawan yang cukup ramai disini, maklumlah aku ni peramah orangnya. Teman teman ku terdiri dari pelajar2 muda tajaan kerajaan dan pelajar2 matang yang baru mendirikan rumah tangga dengan mempunyai anak satu atau dua orang. Mereka terdiri dari pelajar pelajar yang membuat kursus2 peringkat sarjana muda dan sarjana dalam berbagai disiplin. Aku juga berkawan dengan penduduk2 tetap Melayu yang berasal dari Singapura yang kebanyakannya terdiri dari pekerja pekerja mahir yang telah bermastautin di sini agak sekian lama. Dipendekkan cerita disinilah aku mengenali pakar bedah jantung terkenal, pakar psikiatri terkenal, pakar bedah ENT, arkitek dan jurutera terkenal dan beberapa lagi teman rapat yang lain. Terdapat juga teman2 rapat ku yang bekerja dengan syarikat2 minyak Exxon mobil Australia dan shell Australia dan kami masih menjadi teman rapat hingga ke hari ini.
Good things must come to an end. Aku terpaksa meninggalkan Melbourne dan meninggalkan nya dengan rasa sedih yang amat sangat. Apa tidaknya, aku cukup sesuai tinggal disini dengan teman2 yang ramai dan kualiti hidup yang tinggi. Aku meninggalkan Melbourne setelah lulus peringkat sarjana muda sains senibina dan setelah berada disana selama 2 tahun setengah. Aku pulang ke Singapura semula....perut aku sakit pulak, nanti aku sambung cerita lagi ye....