Thursday, February 11, 2010

Melbourne, Australia

Baru ini aku dapat menulis semula kerana sibuk dengan kerja kerja penyelidikan untuk thesis aku disamping tugas ku sebagai chief cleaner yang semakin sibuk di terminal lapangan terbang yang besar ini. Nantilah aku ceritakan bila tiba waktunya.
Setelah bekerja beberapa lama sebagai pengurus pemasaran dan jualan aku sudah merasa ada sesuatu yang kurang pada ku. Aku ingin sambung belajar lagi kerana apa yang aku perolehi tidaklah setinggi mana walaupun aku telah menamatkan pengajian pengurusan di peringkat diploma di institut pengurusan Singapura secara sambilan. Aku bertekad untuk keluar negara.
Setelah berbincang dengan isteri ku aku terus mencari tempat di UK dan Australia untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana muda. Disamping itu aku mendapat pinjaman bank dan juga pinjaman dari Yayasan Pelajaran Johor setelah mendapat tempat di sebuah universiti di Melbourne, Australia.
Aku berangkat bersama keluarga kecil ku dengan diiringi oleh tangisan dan kesedihan yang amat sangat oleh kaum keluarga ku di Singapura. Maklumlah keluarga isteri ku cukup besar. Boleh dikatakan cukup ramai keluarga isteri ku dan juga keluarga ku yang menghantar kami. Terminal 2 inilah tempat aku berangkat meninggalkan Singapura kira2 20 tahun dahulu. Little that I know, aku bertugas semula di terminal 2 ini sebagai chief cleaner..hehe.
Sesampainya di Tullamarine airport, Melbourne, kami di jemput oleh pegawai universiti dan terus menghantar kami ke perkampongan universiti di Preston, sebuah suburb di Melbourne. Cuaca amat dingin pagi itu walaupun pada waktu itu baru musim gugur. Walau bagaimana pun kami telah pun membuat persediaan yang rapi tentang pakaian dan pertukaran cuaca.
Melbourne adalah bandaraya kedua terbesar di Australia dan mempunyai penduduk berbagai bangsa. Etnik terbesar ialah kaum Inggeris yang berasal dari UK, kemudian masyarakat Greek yang amat besar, Itali, Yahudi, Arab dan berbagai bangsa dari merata dunia. Kami merasa amat selesa berada di Melbourne dan ingin merakamkan bahawa fasa kehidupan kami disini adalah cukup indah dan bahagia disamping persekitaran Melbourne yang cukup indah, bersih dan agak perlahan fasa kehidupannya dibandingkan Singapura atau pun Kuala Lumpur.
Penuntut Melayu cukup ramai disini terutama yang berasal dari Malaysia dan Indonesia. Terdapat juga penuntut2 Melayu Singapura tetapi jumlahnya amat sedikit sekali. Aku telah pun mempunyai kawan yang cukup ramai disini, maklumlah aku ni peramah orangnya. Teman teman ku terdiri dari pelajar2 muda tajaan kerajaan dan pelajar2 matang yang baru mendirikan rumah tangga dengan mempunyai anak satu atau dua orang. Mereka terdiri dari pelajar pelajar yang membuat kursus2 peringkat sarjana muda dan sarjana dalam berbagai disiplin. Aku juga berkawan dengan penduduk2 tetap Melayu yang berasal dari Singapura yang kebanyakannya terdiri dari pekerja pekerja mahir yang telah bermastautin di sini agak sekian lama. Dipendekkan cerita disinilah aku mengenali pakar bedah jantung terkenal, pakar psikiatri terkenal, pakar bedah ENT, arkitek dan jurutera terkenal dan beberapa lagi teman rapat yang lain. Terdapat juga teman2 rapat ku yang bekerja dengan syarikat2 minyak Exxon mobil Australia dan shell Australia dan kami masih menjadi teman rapat hingga ke hari ini.
Good things must come to an end. Aku terpaksa meninggalkan Melbourne dan meninggalkan nya dengan rasa sedih yang amat sangat. Apa tidaknya, aku cukup sesuai tinggal disini dengan teman2 yang ramai dan kualiti hidup yang tinggi. Aku meninggalkan Melbourne setelah lulus peringkat sarjana muda sains senibina dan setelah berada disana selama 2 tahun setengah. Aku pulang ke Singapura semula....perut aku sakit pulak, nanti aku sambung cerita lagi ye....

1 comment:

  1. Nice information on here, I would like to share with you all my experience trying to get a loan to expand my Clothing Business here in Malaysia. It was really hard on my business going down due to my little short time illness then when I got heal I needed a fund to set it up again for me to begin so I came across Mr Benjamin a loan consultant officer at Le_Meridian Funding Service He asked me of my business project and I told him i already owned One and i just needed loan of 200,000.00 USD he gave me form to fill and I did also he asked me of my Valid ID in few days They did the transfer and my loan was granted. I really want to appreciate there effort also try to get this to anyone looking for business loan or other financial issues to Contact Le_Meridian Funding Service On Email: lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.com He also available on WhatsApp Contact:+1-9893943740.

    ReplyDelete