Friday, February 26, 2010

Singapura..gastronomic capital of Asia.

Masa berlalu dengan begitu pantas sekali. Tanpa aku sedari, aku telah pun berada di Singapura selama hampir dua tahun. Satu jangkamasa yang tidak begitu lama tetapi aku telah pun merasa sudah berada didalam arus perdana kehidupan disini. Banyak perkara yang aku dapat lakukan semula seperti menghadiri majlis perkahwinan pada hampir setiap minggu (walaupun aku tidak berapa suka), revisit tempat2 yang pernah aku kunjungi semasa aku dizaman remaja, melawat semula sekolah sekolah dan kediaman lama ku. Membuat semula perkara perkara yang pernah aku lakukan dahulu seperti pergi ke khutub khanah Queenstown, makan di Macdee Queenstown, makan ice kacang di Commonwealth Crescent, makan di pasar Tanglin Halt dan Brickworks, makan soto yang sedap di Adam Road (walaupun muka makcik yang jual tu masam aje) dan makan nasi lemak yang sedap di gerai no 2 (selalunya aku merasa mengantuk selepas makan nasi lemak tu), berbagai juadah dan masakan di Changi Point, jalan2 cari makan di merata Singapura seperti makan seafood di Bedok Reservoir, Changi Road, di sekitar Bussorah Street dimana murtabak dan nasi beryani nya adalah yang terbaik di dunia (pendapat peribadi ku sahaja), makan nasi padang dimana sahaja aku jumpa seperti di pasar Geylang Serai, nasi padang di River Valley, gerai madam Rubiah di pasar Whampoa, kedai makan Wisuri (dah tutup pulak), Pariaman, kedai sabar menanti dan beberapa kedai pak Arab di Arab Street...hehe. Not to mention setiap kali kami suami isteri akan berada di Jalan Kayu untuk sarapan pagi atau pun makan malam.
Perkara perkara beginilah yang membuat aku merasa miss sangat pada Singapura. Kegiatan kegiatan ini tidak banyak membantu aku dalam mengekalkan berat badan aku pada tahap yang ideal. Bayangkan berat badan ku naik agak mendadak selepas pulang dari UK. Aku menjadi bertambah 'montel' dan seluar baju ku menjadi ketat sedikit. Aku pernah di tegur oleh seorang pak cik yang makan se meja dengan ku di pasar makan Bedok Interchange dimana aku makan soto ayam sebanyak 2 mangkuk sekali gus ia itu selepas 2 hari kami sampai di Singapura. Aku di tegur dengan soalan 'kenapa makan sampai dua mangkuk?'. Isteri ku tersenyum kerana beliau sendiri hanya makan gado gado. Aku menjawabnya dengan mengatakan bahawa aku rindu sangat nak makan soto kerana sudah hampir tiga tahun aku tidak makan soto ayam kerana tidak tinggal di Singapura. Kemudian perbualan kami menjadi amat rancak dan mesra apabila beliau menceritakan pengalaman kehidupan beliau semasa berada di Mauritius dan Australia dan seolah seolah beliau tidak mahu melepaskan kami pergi pada petang itu. Tapi kami harus pergi juga...nanti aku sambung lagi!

No comments:

Post a Comment