Tuesday, June 30, 2009

Kehidupan ku di Institut Teknologi Mara, Shah Alam

Wooooiisshh..penat aku cuci toilet pagi ni. Banyak betul toilet yang aku cuci. Ye lah passenger ramai menggunakan airport ini. Aku nak bercerita lagi ni.
Selepas tamat pengajian sekolah menengah ku di Singapura, aku pun melanjutkan pelajaran ku ke ITM, Shah Alam di peringkat diploma. Semuanya baru pada ku. Pertama, aku berjauhan dengan keluarga ku. Berjauhan dengan ibu bapa ku dan dua adik perempuan ku. Aku hanya tiga beradik dan aku adalah anak sulong. Masa itu adik adik ku telah pun bersekolah. Seorang disekolah menengah dan seorang disekolah rendah. Kedua, aku tidak pernah tinggal di asrama. Jadi aku merasa amat kekok apabila terpaksa berkongsi semua kemudahan dan juga makan beramai ramai di dewan makan. Ada beberapa orang juga pelajar yang sama sama dengan ku dari Singapura. Ketiga, persekitaran baru juga membuatkan aku 'depressed' dan 'home sick' selalu kerana teringatkan keluarga ku. Tetapi selepas tamat minggu orientasi, aku pun mula mendapat ramai kawan. Masing masing ingin berkawan dengan ku di sebabkan aku datang dari Singapura. Tetapi ada juga yang mengutuk bahawa aku orang LKY..hehe..aku tidak kisah semua tu. Aku terus menghadiri kuliah seperti biasa dan seterusnya menamatkan pengajian ku. Aku tidaklah ingin 'elaborate' tentang pengajian aku di sini. Disini jugalah pada beberapa bulan pertama, fizikal ku menjadi bertambah besar dan tinggi. Ada kelainan pada tubuh ku yang dahulunya kecil tetapi sekarang menjadi besar. Hensem jugak...hehe..oleh itu ramailah teman teman wanita aku di sini. Setiap kali hari valentine tiba, banyaklah aku terima kad kad dari 'secret admirers' aku. Entah siapa siapa pun aku tak tahu. Tapi seronok juga menerima banyak kad kad tu.
Di samping belajar aku juga mempunyai ramai teman lelaki dan wanita dari 'school' yang lain. Aku menuntut di School of Architecture dan terdapat 7 atau 8 'school' pada masa itu. Teman rapat wanita ku yang pertama di situ ialah Saidatul Ikhsan, seorang gadis dari 'School of Business' yang berasal dari Kuantan. Tidak lama kemudian kami tidak bertegur sapa lagi kerana Saidatul di pikat oleh seorang penuntut dari 'School of Engineering' mirip John Travolta. Masa tu zaman 'saturday night fever'..hehe...Agak lama juga aku bersendirian tetapi aku tidak pernah kekurangan kawan kawan disekeliling ku. Kemudian aku disenangi oleh seorang penuntut dari Kelantan yang bernama Nik Hasniah Nik Hassan dan terus menjadi rapat dengan ku. Pada masa itu aku sudah pun berada ditahun 3 dan Nik di tahun satu dari School of Hotel Management and Catering. Perhubungan kami agak lama juga tetapi putus ditengah jalan kerana keluarga Nik memutuskan untuk mengahwinkan Nik dengan seorang doktor yang baru pulang dari Egypt. Frust aku dibuatnya..hukhukhuk...macam dalam lagu pulak.
Semasa cuti dan pulang ke Singapura aku rapat pula dengan Salimah Mahmud (masa tu dia belum popular lagi) tetapi disebabkan oleh 'preference' yang berlainan dalam hidup, kami kemudiannya membawa haluan masing masing. Teringat aku semasa menonton filem 'the champ' bersama Salimah..hehe.. Selepas itu aku mempunyai teman rapat yang bernama Norlinda Mohd Said. Kami berkawan agak lama juga tetapi akhirnya kami berpisah juga di sebabkan aku menemui 'seseorang'. Disamping itu aku masih menemui Normahdiah Sadli, Masslaily Marzuki, Sabariah Ramilan, Siti Rusminah Jaafar dan ada masanya aku keluar dengan Rohana Musni. Mereka ini semua adalah kawan kawan yang rapat dengan ku. Di waktu lain pula aku akan keluar bersama Norazni Jirkaseh, Mohd Noor Mohd, Sujak Bakir, Karim Latiff dan lain lain.
Pulang cuti semula ke ITM, aku amat disenangi oleh Raihanah Abdul Rahman, seorang penuntut Chartered Institute of Insurance dan seorang model iklan sambilan. Aku tidak tahu sama ada beliau betul betul menyukai aku atau hanya ingin bersama dengan ku kerana boy friend nya pada masa itu berada di Canada. Tetapi apa yang pasti, setiap kali aku cuba menjauhkan diri darinya, dia akan mencari ku kembali. Kadang kadang aku jadi bingung kerana perhubungan itu tidak jelas kedudukannya..hehe...Perhubungan kami berakhir apabila aku tamat pengajian ku dan aku terpaksa meninggalkan Kuala Lumpur kerana berkhidmat di Johor Bahru. Nanti aku sambung lagi sebab aku nak betulkan paip yang bocor di dalam toilet. Nanti aku kena marah pula dengan Boss aku.....
Apabila berkhidmat di Johor Bahru, aku terpaksa berulang alik kerana tinggal di Singapura. Sebenarnya, aku sengaja meminta di tukarkan ke Johor Bahru setelah bekerja lebih kurang 1 minggu di Kuala Lumpur. Aku adalah seorang pegawai persekutuan dan aku boleh di tugaskan di mana mana ke seluruh Malaysia. Untuk rekod, aku telah pun tersangkut dengan seseorang di Singapura. Hehe..aku akan ceritakan dalam episod seterusnya...

Monday, June 29, 2009

Waktu remaja di BVSS, 1975

Aku kira waktu yang terindah buat ku ialah semasa aku di tingkatan empat BVSS dan waktu aku berada di ITM, Shah Alam. Tetapi untuk episod ini biarlah aku ceritakan hanya waktu aku berada di Buona Vista Secondary School.
Kehidupan sebagai pelajar adalah sesuatu yang manis dilalui oleh semua orang. Kenakalan disamping cuba mengimbangi dengan kebaikan dan juga kesibukan sebagai seorang pelajar merupakan agenda utama kehidupan aku masa itu. Aku sebenarnya cukup sibuk dengan aktiviti aktiviti harian ku. Pagi pagi aku telah bangun dan kadang kadang hingga malam baru aku pulang. Namun agenda utama ku iaitu menumpukan pada pelajaran tidak pernah aku abaikan. Melalui program yang di adakan oleh persatuan Himpunan Belia Islam (HBI) aku dapat mengenali lebih ramai kawan kawan baru dari seluruh Singapura melalui program kepimpinan, usrah, majlis ilmu dan lain lain program akedemik. Melalui program program ini aku telah di kumpulkan bersama sama pelajar lain untuk menjadi cemerlang dalam bidang akedemik di samping cuba menjadi insan berperibadi tinggi. HBI pada masa itu di ketuai oleh cikgu Maarof Salleh (yang kemudianya menjadi presiden MUIS) dan dibantu oleh cikgu Awang, cikgu Rahim Yassin, Cikgu Sulaiman, cikgu Rohani dan ramai lagi. Melalui program ini aku mengenali Rahim Kamari, Alias Awang, Zainuddin, Hassan Jaafar, Siti Rusminah Jaafar (pada satu ketika kami menjadi teman rapat), Halifah Hamzah (mana agaknya Halifah sekarang), Pairah Satariman, Rosminati Fahmin, Agamah Ibrahim dan ramai lagi. Banyak cerita yang kami kongsi bersama dan semuanya banyak kisah kisah suka di alam remaja.
Di sekolah pula aku menjadi amat rapat dengan Sabariah Ramilan. Seorang gadis yang cukup 'charming', likeable, adorable, aktif, bijak, cepat mesra dan mempunyai perwatakan yang menarik. Tidak pun begitu lama 'persahabatan' kami menjadi jauh sedikit tetapi masih menjadi teman yang baik walau pun hingga ke hari ini. Dia lah gadis pertama yang menjadi 'teman' rapat ku, so to speak...Kemudian aku berkawan rapat dengan Rosidah Rahmat, seorang gadis yang cukup baik, sopan dan manis. Rosidah Rahmat juga mempunyai ramai peminat...aku terpaksa berhenti dahulu sebab kena refill sabun..hehe
Aku juga amat aktif dalam bidang sukan bolasepak. Di rumah aku menyertai sebuah pasukan bolasepak yang dinamakan Jervois Commando. Kami menyertai banyak perlawanan liga tempatan seperti Police Cup, Ponggal Cup, Alexandra Cup dan banyak lagi. Setiap pertandingan kami akan menjadi juara atau naib juara. Aku bermain sebagai pemain sayap kanan. Aku memang minat bolasepak hinggalah aku ke ITM dan kemudian tidak langsung bermain kerana tuntutan kursus ku yang sungguh mencabar dan memerlukan pengorbanan waktu.
Selepas pertandingan kuiz sains, aku bersama Azman menjadi rapat dengan pelajar pelajar Kaki Bukit. Kami belajar bersama sama dengan Normahdiah Sadli, Masslaily dan juga Mohd Noor. Kadang kadang di sekolah kami dan kadang kadang di sekolah mereka. Untuk rekod, Normahdiah Sadli merupakan penuntut terbaik GCE 'O' level di Singapura pada tahun 1975 dengan 6 agregat. Kami semua hanyalah sekadar melebihi 10 agregat. Normahdiah memang pandai....dan juga teman baik ku. Masslaily juga adalah teman baik ku juga..hehe..
Aku juga menjadi teman baik kepada Rosminati Fahmin, seorang gadis yang cantik dan manis. Bukan kami sahaja yang berkawan baik, keluarga kami juga berkawan baik. Aku sering ke rumah Ros dan begitu juga Ros. Kami berdua cukup rapat dan memahami hati budi masing masing. Selepas tamat peperiksaan GCE, aku tidak lagi bertemu dengan Ros. Aku mendapat tahu bahawa Ros melanjutkan pelajaran 'A' level nya di Sang Nila Utama. Pairah Satariman pula seorang yang sangat aku senangi kerana kebijaksanaannya dan kata kata lawaknya yang membuatkan ku sering ketawa. Agamah Ibrahim pula seorang yang serius dalam pelajaran tetapi senang di dekati. Berpuluh tahun kemudian, semasa aku berada di KL, aku mendapat berita bahawa Agamah telah pulang ke Rahmatullah...kerana penyakit barah. Aku sempat menalipon suami beliau untuk menyampaikan salam takziah. Al-fatihah untuk arwahnya...
Tahun 1975 aku akhiri dengan nota positif. Aku tamat peperiksaan GCE 'O' Level dengan keputusan cemerlang dan mendapat tempat di Maktab Rendah Kebangsaan untuk pengajian di peringkat 'A' Level tetapi mengambil keputusan untuk pergi Ke ITM kerana aku adalah seorang rakyat Malaysia. Aku masih berkawan rapat dengan semua yang ku sebutkan tadi walaupun aku telah berada di Kuala Lumpur. Setiap musim cuti aku akan pulang ke Singapura dan menziarah teman teman ku sama ada yang berada di Politeknik Singapura atau pun yang sedang menuntut di NUS. Setiap kali cuti berakhir aku akan di hantar teman teman yang berlainan sama ada di stesyen keretapi atau pun di stesyen bas....maklumlah aku ini mempunyai ramai teman....

Sunday, June 28, 2009

2 tahun terakhir di BVSS, 1974-1975

Pada penghujung tahun 1973, semua pelajar pelajar tingkatan 2 diwajibkan menduduki peperiksaan 'aptitude test' atau pun peperiksan kecekapan di samping peperiksaan akademik. Peperiksaan ini amat penting kerana ia akan menentukan aliran akademik seterusnya iaitu sama ada berada di dalam aliran teknikal atau sastera.
Selepas mendapat keputusan peperiksaan aku berjaya dengan cemerlang ia itu 98/100 dan aku juga lulus semua mata pelajaran tingkatan dua dengan boleh di katakan cemerlang juga. Aku di tempatkan dalam menengah 3A. Bersama sama aku terdapat tiga lagi pelajar lelaki iaitu Karim Latiff, Nordin Kassim dan Mohd Said. Yang selebihnya dan majoritinya adalah pelajar pelajar perempuan. Guru darjah ku ialah cikgu Marican. Aku duduk di tepi tingkap dan meja di susun secara berasingan. Sebelah ku ialah Habibah Ibrahim. Di belakang Habibah ialah Rohana Musni. Belakang Rohana ialah Nordin Kassim. Duduk belakang ku ialah Karim Latiff dan di belakangnya ialah Mohd Said. Dihadapan ku ialah Latifah Bee dan sebelahnya ialah Fatimah Maarof. Lebih kurang begitulah posisi tempat duduk kami didalam kelas. Pelajar pelajar perempuan yang lain ialah Jamaliah Ahmad, Norati Bakar, Salmah Mohd Noor, Hamisliah Man, Kaltom Ta'wan, Fatimah Embi, Rahmah Akib, Ramonah, Jaliah Shamsudin, Karisah Subari, Marfoah dan ramai lagi yang tidak dapat disebut disini kerana sudah lupa. Ketua darjah ku ialah Jamaliah Ahmad.
Di kelas sebelah iaitu 3B pula ialah Sabariah Ramilan, Asgar Hanif, Peah Musa, Pungot Marto, Rohana Jailani, Azman Shabudin, Masturah Mohd Dan, Salbiah Hani, Mariam, Sumilah Samuri, Suaidah Sinwan, Supandi Yusoff, Rahmah Sulaiman, Sabidin Karim, Rais, Monjiat Hayat, Sainab Ahmad, Zaiton Tiron, Siti Alawiyah, Rosidah Rahmat, Tubah Samin dan ramai lagi. Guru darjah mereka ialah cikgu Rahim Arshad. Tapi aku kurang pasti. Yang pastinya cikgu Selamat Omar adalah guru darjah mereka apabila mereka di tingkatan 4B. Kelas 3A dan 3B adalah dua kelas aliran teknikal. Sementara 4 kelas lagi ialah aliran sastera iaitu 3C, 3D, 3E and 3F.
Ada dua teman baik ku yang amat pintar dalam prestasi akademik tetapi tidak dapat ke aliran teknikal iaitu Norazni Jirkaseh dan Sujak Bakir. Mereka mengikuti semua mata pelajaran bersama sama kelas aku cuma mereka tidak mengambil mata pelajaran teknikal sahaja. Mereka di kategorikan sebagai pelajar aliran sains. Jadi terdapat 6 pelajar pelajar lelaki di dalam kelas ku kecuali bila kami mengikuti pelajaran teknikal mereka tidak menyertai kami.
Masa itu saiz badan ku masih juga kecil kerana belum baligh kot..hehehe...Aku berasa amat gembira kerana mempunyai teman teman baru termasuk ramai pelajar pelajar perempuan. Aku berkawan rapat dengan semua anggota kelas 3A tidak kira sama ada mereka lelaki atau perempuan. Norazni dan Sujak juga rapat dengan semua pelajar pelajar kelas 3A. Pengalaman baru menyertai kelas yang bercampur ini sungguh menggembirakan aku kerana aku dapat ramai kawan kawan perempuan yang dahulunya aku tidak kenal. Tahun itu, keputusan peperiksaan di dahului oleh aku, Rohana Musni dan Jamaliah Ahmad.
Tahun 4 tidak banyak berubah kerana aku masih bersama pelajar pelajar yang sama di dalam kelas 4A. Aku mempunyai lebih ramai kawan yang terdiri dari pelajar pelajar kelas kelas lain dan telah menjadi teman rapat dengan Norazni Jirkaseh, Azman Shabudin, Sujak Bakir dan lain lain lagi. Tahun 4 juga aku telah di pileh mewakili sekolah ku didalam pertandingan bahas seluruh Singapura dan Quiz sains peringkat kebangsaan. Kedua duanya aku mendapat naib johan. Pertandingan bahas kami kalah kepada Tanjong Katong Girls School dan kuiz sains kami di kalahkan oleh Kaki Bukit Secondary Schools yang di anggotai oleh Normahdiah Sadli, Masslaily Marzuki (dimana salah seorang darinya menjadi isteri ku kemudiannya) dan Zakaria. Peserta peserta yang mewakili sekolah ku pula ialah Siti Alawiyah dari 4B, seorang penuntut dari kelas 4C yang bernama Junaidah Aziz dan aku sendiri dari 4A. Oh ya guru darjah ku ialah cikgu Ashari Alwi. Seorang guru yang sungguh tegas dan juga adalah guru disiplin sekolah ku. Aku pernah dimarahi kerana ponteng sekolah kerana menonton perlawanan tinju diantara Muhammad Ali dan Joe Bugner. Teruk betul aku dimarahi beliau sehingga mukanya menjadi merah. Tapi aku tahu bahawa cikgu Ashari merasa kehilangan ku walaupun satu hari sahaja aku tidak kesekolah...hehe.. Cikgu Ashari juga adalah guru pembimbing bagi pasukan bahas sekolah ku yang di anggotai oleh Sujak Bakir, Karisah Subari, Sabariah Ramilan, Noraini Rosdi dan aku sendiri. Aku juga telah di tugaskan sebagai 'editor' majallah rasmi sekolah ku pada tahun tersebut di mana cikgu Ashari Alwi adalah guru penasihat bagi penerbitan majallah sekolah ku.

Tahun 4 juga memberikan aku peluang untuk mengalami perasaan 'cinta monyet' bersama sama beberapa orang pelajar di sekolah ku dan di beberapa buah sekolah lagi. Hehe..kelakarkan tapi itu hanyalah cinta yang lahir dari perasaan anak anak remaja. Aku juga tidak dapat melarikan diri dari di landa masalah sebegitu. Nanti aku sambung lagi ye sebab aku kena bersihkan toilet ni..

Friday, June 26, 2009

2 tahun pertama di Sekolah Menengah Buona Vista, 1972-1973

Alhamdulillah, aku dapat meneruskan tulisan ku semula. Aku berhenti sekejap bercerita pasal Prince Charles Square kerana aku ingin bercerita tentang zaman persekolahan ku di Buona Vista Secondary School. Setelah tamat peperiksaan PSLE aku telah di tempatkan ke sekolah BVSS. Ramai dari kawan kawan yang berasa hampa dan ada yang menangis kerana tidak mahu ke sekolah tersebut. Bukan apa, sekolah BVSS mempunyai reputasi yang agak buruk di masa lalu yang dahulunya di kenali sebagai Chip Bee Secondary School. Rata rata mahu di tempatkan di Sang Nila Utama, Monks Hill, Swiss Cottage dan lain lain kerana sekolah sekolah ini mempunyai reputasi yang lebih baik. Pada ku apa ada pada nama sekolah, apa yang penting prestasi pelajar pelajar nya. Aku menerimanya dengan hati terbuka apatah lagi sekolah ini agak berdekatan dengan rumah ku. No problem..aku pun bukan kisah sangat pasal nama sekolah. Saiz aku yang kecil pada masa itu bukanlah penghalang untuk aku pergi ke sekolah menaiki bas awam yang sesak pada masa itu.

Pada hari pertama melapurkan diri ke sekolah ialah pada sessi petang dan ia adalah satu pengalaman yang cukup 'mengerikan' buat ku..hehe..Apa tidaknya aku ditempatkan bersama sama 'bapak bapak' budak. Bukan apa, saiz saiz mereka cukup besar dari saiz kami yang masih kecil kecil lebih kurang 10 hingga15 pelajar. Yang lain lain cukup matang dan di burukkan lagi ialah semasa di tingkatan satu semuanya harus memakai seluar pendek. Jadi terpamparlah bulu bulu kaki mereka..hehe..Sebenarnya sistem pendidikan pada masa itu yang menjadikan perkara tersebut. Aku tidak mahu memanjangkan dan menerangkan perkara ini selanjutnya. Apa apa pun mereka itu adalah senior senior kami yang kemudiannya menjadi rakan sedarjah kami.

Guru darjah aku ialah cikgu Rahim Yassin. Kalau tidak silap aku beliau mempunyai sebuah motor Vespa. Ada enam buah kelas dalam tingkatan satu. Kelas 1A hingga 1D adalah kelas murid murid perempuan. Kelas 1E dan 1F ialah kelas murid murid lelaki. Nisbahnya cukup ketara kerana mungkin murid murid perempuan lebih ramai yang pandai. Aku berada didalam kelas 1F itu. Dari segi alphabet kelas aku adalah yang tercorot..hehe..sebenarnya pemilehan kelas dibuat secara rambang sahaja. Tidak ada kena mengena dengan prestasi akademik semasa di sekolah rendah. Ketua darjah aku ialah Kamsari Astro. Dia di pileh berdasarkan prestasi akademiknya kerana Kamsari adalah yang terpandai berdasarkan prestasi sekolah rendahnya dan penolongnya kalau tidak salah aku ialah Azman Shabudin atau Asghar. Di dalam kelas ini juga terdapat Daud Shahdan, Sujak Bakir, Sabidin Karim, Abdul Rahim, Ashari, Hashim, Husaini Sinwan, Nordin Sueb, Norazni Jirkaseh, Supandi Yusoff, Asghar Haniff, Karim Latiff, Yusuff Alwi, Idris dan ramai lagi. Aku pun dah tak berapa ingat. Tapi sangatlah meriah kerana kepelbagaian perangai dan seperti aku katakan tadi ialah saiz badan. Majoritinya murid muridnya ialah dari Sekolah Rendah Jervois Barat dan Sekolah Rendah Permaisura. Ada juga murid murid dari sekolah lain tapi di dalam bilangan yang amat kecil. Kelas 1E pula terdiri dari Razak Ibrahim, Rais, Nordin Kassim, Mohd Said, Zainal dan beberapa ramai lagi yang aku dah lupa nama mereka.

Pada masa inilah zaman muzik Grand Funk, Santana, Deep Purple dan banyak lagi dengan lagu lagu 'smoke in the water', 'black magic woman' dan entah apa apa lagi. Jadi kelas aku juga turut di landa fenomena itu. Seperti biasa aku hanyalah sebagai penonton. Mungkin minat untuk belajar juga luntur buat setengah setengah murid. Yang ingin betul betul belajar mungkin ia lah sekitar 15 orang atau kurang dan mereka ini duduk di bahagian hadapan termasuklah aku sendiri. Kebetulan semuanya kecil kecil dan tentu sekali kami takut pada yang duduk di bahagian belakang. Kelakarkan? tapi itulah kenyataan. Nanti aku sambung lagi sebab ada benda yang aku kena attend. Ada kanak kanak jatuh dalam toilet...
Ok aku sambung semula. Setelah sesuai dengan persekitaran sekolah, kami semua mula menumpukan pada pelajaran. Antara nama nama cikgu yang mengajar kami ialah cikgu Sarimah, Cikgu Aminah Khamis, cikgu Rahim Arshad, cikgu Mustaffa, cikgu Rohani dan beberapa orang lagi. Keputusan peperiksaan tempat pertama dan kedua pada tahun itu di monopoli antara Norazni Jirkaseh dan Sujak Bakir. Tempat ketiga dan empat antara Azman Shabudin dan aku sendiri secara berganti dan di ikuti oleh Asghar atau Supandi. Aku kurang pasti tapi lebih kurang begitulah kedudukannya. Kamsari pula seolah olah sudah kurang tumpuan pada pelajaran di sebabkan oleh masalah keluarga serta pergaulan. Sebagai kawan yang telah lama mengenali beliau, aku merasa agak hairan bagaimana Kamsari boleh berubah. Aku sendiri tidak dapat membetulkan keadaan beliau. Tugas sebagai ketua darjah banyak di pikul oleh Azman kemudiannya.
Menengah 2 tidak banyak yang berubah kerana murid murid yang sama berada di dalam kelas yang sama. 'Streaming' hanya di buat pada menengah tiga. Kami sudah lebih mesra kerana faktor waktu dan kesesuaian kerana selalu bersama. Sudah tidak ada yang kekok kerana waktu belajar aku akan belajar, waktu bermain aku akan bermain juga dengan yang senior. Hanya aku tidaklah keterlaluan sampai menghisap rokok dan tidaklah melibatkan dalam perkara perkara negatif. Aku sepatutnya berada di dalam kumpulan beruniform NPCC iatu pasukan kadet polis tetapi oleh kerana aku adalah seorang rakyat Malaysia, jadi tidaklah di terima setelah tiga minggu aku berlatih berbaris dan mengangkat senapang SLR. Aku kecewa dan untuk menghiburkan diri aku melibatkan diri dalam persatuan persatuan lain di sekolah ku. Keputusan peperiksaan masih lagi tidak banyak berubah seperti semasa aku di menengah satu. Guru yang paling aku geruni pada masa itu ialah cikgu Hassan Ghani kerana dia pernah menampar muka ku apabila kelas sastera bermula selepas waktu rehat. Sebenarnya dia menyangka aku masih makan di dalam kelas dan terus memanggil ku dan menampar tanpa usul periksa. Kemudian barulah dia memeriksa dalam mulut ku dan tidak mendapati sebarang makanan. Kes salah sangka tapi aku menjadi mangsa. Aku rasa dia merasa amat bersalah selepas itu kerana setiap kali berjumpa dengan ku, dia akan menyapa ku. Kebetulan pula mata pelajaran sastera itu memberikan markah tertinggi pada ku di dalam kelas itu. Cikgu Hassan Ghani mengingati ku selepas itu dan apabila aku telah bertunang dan berjumpa beliau lagi di dalam keretapi, dia masih mengenali diri ku bila aku memperkenalkan diri ku padanya. Dia berasa amat gembira apabila dapat berjumpa aku dan tunang ku. Pada masa itu aku telah pun menamatkan peringkat diploma ku dan bekerja sebagai 'Architectural assistant' di pejabat arkitek, jabatan kerja raya Malaysia. Katanya pada aku 'budak yang saya salah tampar', Hehe...untuk rekod cikgu Hassan Ghani ia lah vice principal dan juga guru penyelaras sea cadet. Hari ini aku di beritahu, cikgu Hassan Ghani telah pun lama pulang ke Rahmatullah...Fatihah untuk beliau!

Wednesday, June 24, 2009

Prince Charles Square, Singapore 1968-1986

Apa kyabar? Aku harap semuanya sehat walafiat bersama keluarga dan orang orang yang di kasehi. Aku ingin bercerita lagi takut takut terlupa pula fakta fakta yang berada di dalam otak aku ni hilang.
Setelah berpindah berkali kali, akhirnya keluarga aku mendiami quarters ini agak lama iaitu lebih kurang 17 tahun. Lama kan? Di sinilah aku menjalani zaman kanak kanak ku dan berpindah ke alam remaja dan seterusnya mendirikan rumah tangga. Di sinilah juga aku mempelajari dan mengerti tentang kehidupan dalam erti kata yang sebenarnya. Turun naik kehidupan, susah senang, suka duka semuanya ku alami di rumah ini. Di sini juga aku mempelajari tentang persahabatan, tentang kasih sayang, tentang percintaan, konflik, pertembungan minda antara yang benar dan salah dan banyak lagi persoalan yang masih belum terjawab walau pun hingga ke hari ini.
Kehidupan berjiran adalah sesuatu yang menjadi agenda utama semasa aku tinggal di sini. Prince Charles Square adalah satu nama jalan yang di ambil dari nama anakanda lelaki Queen Elizabeth ia itu putera Charles dari UK. Tempat ini sebenarnya terletak di antara Alexandra Road dan Jervois Road. Satu lagi pertembungan kelas kehidupan yang sering menjadi persoalan di minda ku di mana Alexandra Road penuh dengan rumah rumah pangsa awam yang di diami oleh rakyat biasa dan Jervois Road pula ia lah satu kawasan mewah yang di diami oleh perwakilan perwakilan asing dan peniaga peniaga serta ahli ahli korporat besar yang terkenal di merata Asia. Mereka termasuklah tuan punya Metro Holdings, Pemaju hartanah Atang Latiff dari Indonesia, Pesuruh jaya tinggi Canada, Malaysia, Brunei dan 'expatriates' dari merata dunia.
Di sini aku melihat bagaimana jurang kehidupan begitu ketara sekali. Dalam hati kecil ku sering bertanya bagaimanakah ini boleh terjadi dan apakah yang menyebabkan terdapatnya perbezaan status hidup yang begitu jauh di antara Alexandra Road dan Jervois Road. Di Alexandra Road pula pada masa itu terdapat deretan rumah rumah pekerja mengikut susunan abjad Blok A, B, C dan seterusnya. Aku pernah mengaji di salah sebuah rumah tersebut di mana anak perempuan ustaz itu bernama Sulastri. Beberapa teman sedarjah ku juga tinggal di kawasan ini. Pada masa itu aku belum tahu lagi tentang erti alam bina dan rekabentuk alam sekitar. Walau bagaimana pun apa jua status kediaman itu, bukanlah menjadi penghalang untuk bangsa ku untuk bergerak kehadapan dan maju seiring dengan bangsa bangsa lain di Singapura. Aku teringat pula sebuah lagu yang berbunyi 'orang kita bukan mewah tapi kaya budi bahasa..' Pernah dengarkan?
Di hadapan rumah ku terdapat dua buah blok setinggi 18 tingkat berdensiti tinggi yang di diami oleh penghuni penghuni berbilang bangsa. Terdapat ramai teman teman sedarjah ku tinggal di dua blok tersebut. Mereka termasuklah dua Nordin. Seorang ialah Nordin Sueb yang juga kami gelar Nordin nasi lemak dan seorang lagi Nordin Abdul Rahman yang kami panggil Nordin goreng pisang. Gelaran itu hanyalah untuk membezakan panggilan mereka berdua yang kebetulan adalah jiran duduk sebelah menyebelah di tingkat empat. Nordin Sueb kemudian menjadi teman rapat ku semasa di menengah satu dan dua dan hingga ke hari ini.
Disebelah rumah ku pula terdapat sebuah keluarga yang besar iaitu keluarga wak Rahman. Merekalah yang menjadi jiran kami bertahun tahun dari aku kecil hingga dewasa. Oleh kerana terlalu lama kami berjiran, kami juga telah menganggap mereka seperti keluarga kami. Kak Som, Kak Kiah, Abang Johari, Gayah, Latipah, Hanisah, Idit, Kadir, Maznah, Rosmina, Rosmini dan Jamal adalah sebahagian dari kehidupan kami di sana. Kami membesar bersama sama sehinggalah mereka berpindah ke West Coast apabila wak Rahman pencen dari bekerja di sekolah tersebut. Setelah wak Rahman sekeluarga berpindah dari situ, rumah itu kemudian di diami oleh keluarga pak Hashim. Aku sendiri kurang rapat dengan keluarga tersebut kerana aku telah pun meninggalkan Singapura kerana melanjutkan pelajaran ke Institut Teknologi Mara di Shah Alam.
Di belakang rumah ku terdapat sebuah kediaman kelumpuk keturunan Bawean. Di rumah itu aku belajar mengaji dan mempunyai ramai kawan lelaki dan perempuan. Banyak peristiwa berlaku di sana dan biarkanlah ia menjadi kenangan peribadi aku sendiri. Keluarga obek Minah amat rapat dengan ku terutama Aziz Pani, Kak Neen yang cantik (suka melihat senyuman kak Neen yang manis tu), Kak Ros, Suriani, Nani dan sesekali abang Naim Pani (guru tarian yang amat terkenal dengan kumpulan Sriwana disamping menjadi cikgu sepenuh masa) . Semasa aku bertunang dengan isteri ku, obek Minah lah yang menyarungkan cincin aku ke jari manis isteri ku..hehe....tak tahu aku di mana mereka sekarang?
Di samping keluarga mereka terdapat beberapa keluarga yang agak rapat dengan ku seperti keluarga pak Lurah Haji Maswan, keluarga wak Man, Keluarga cik Sarah tempat aku belajar mengaji iaitu kak Mamah, Salamah Ali dan lain lain. Apabila kediaman berkelumpuk itu di robohkan untuk pembangunan perumahan mewah, mereka semua berpindah ke merata Singapura. Harap harap dapat berjumpa dengan mereka pada suatu hari nanti....

Tuesday, June 23, 2009

Jervois West Primary School, 1968-1971

Seperti yang aku katakan sebelum ini bahawa pada pertengahan tahun 1968 aku berpindah lagi. Bukan sahaja aku berpindah rumah tetapi turut berpindah sekolah. Aku berpindah ke quarters Sekolah Rendah Jervois Barat kerana ayah ku adalah orang yang paling penting di sekolah itu... hehe....tanpa ayah aku, sekolah itu tidak dapat beropearasi. Pada masa itu aku berada di dalam darjah tiga. Dari Sekolah Rendah Telok Belangah aku bertukar ke Sekolah Rendah Jervois Barat.
Apabila bertukar sekolah baru aku pun mendapat ramai kawan baru. Aku pun kurang ingat nama nama mereka kerana sudah terlalu lama. Aku masih ingat nama nama seperti Kamsari Astro, Peah Musa, Musa 'HITAM'..hehe..sorry Musa sebab kulitnya agak gelap sikit, Yusuff Alwi, Jumaat, Kamsani Mohd Amin, Suharto Pawiro, Radiah Junan, Noraishah Sarnoyarno, Rohana Jailani, Zaiton Tiron, Monjiat Hayat, Faridah Ahmad, Pungot Marto, Noraziah Salim, Rahmah, Masturah, Mohd Khaidir, Sapiah Aziz, Azarang, Ghazali Shamsudin dan ramai lagi. Masa tu guru darjah aku ialah cikgu Aminah Jaafar. Cikgu yang baik tetapi amat tegas apabila mengajar. Guru bahasa Inggeris ialah teacher Hasnah..hehe..cantik gila macam Mat Salleh sikit. Kawan kawan yang sama ini jugalah yang bersama sama aku hingga ke darjah empat apabila budak budak dari pulau Bukom menyertai kami seperti Sainab Ahmad, Durahman Arsyad dan lain lain. Dalam darjah empat cikgu kami ialah cikgu Bahri Rajib, seorang guru serba boleh dan menjadi guru favourite aku. Beliau boleh menyanyi serta bermain alat alat muzik disamping mengajar beberapa mata pelajaran. Darjah lima pula guru darjah aku ialah cikgu Mosiah Wahid, seorang lagi guru yang disenangi oleh semua murid murid kerana kelembutan dan keperihatinnya terhadap anak anak muridnya.
Apabila kami melangkah ke darjah enam, ramai diantara kami terpaksa berpisah kerana untuk ke darjah 6A, keputusan peperiksaan haruslah diantara 40 terbaik dari kira kira 250 murid murid. Seperti biasa aku tidak mempunyai masalah untuk ditempatkan di kelas 6A. Masa itu guru darjah kami ialah cikgu Jamilah Ghazali yang mempunyai 'track record' 100% muridnya ke sekolah menengah. Dalam kelas 6A ini termasuklah Nordin Sueb, Fatimah Embi, Salleh Sawam, seorang lagi Khamsani disamping Kamsani Mohd Amin dan beberapa orang lagi. Untuk rekod, semua keputusan nombor satu dari darjah tiga hingga darjah enam ini di pulun oleh sama ada Kamsari Astro, Peah Musa atau pun Faridah Ahmad..berganti ganti. Aku hanya berjaya mendapat nombor 4, 5 dan ada masanya nombor 3 berganti ganti dengan Rohana Jailani, Zaiton Tiron, Sainab Ahmad dan mungkin Noraziah Salim...hehe..anak ustaz Salim Redawi.
Yang menarik tentang sekolah ini ialah ramai cendiakawan dan selebriti dapat di lahirkan sama ada dari kalangan guru guru dan dari kalangan murid muridnya sendiri. Penyanyi Sanisah Huri adalah bekas pelajar sekolah ini. En. Yatiman Yusof, seorang pemimpin di Singapura juga pernah mengajar di sekolah ini disamping isteri beliau cikgu Saadiah (masa tu belum lagi jadi suami isteri). Senior senior setahun aku seperti Amanah Mustafi dan Sumarni Rus juga belajar di sini. Cikgu Mohd Kassim, cikgu Salleh Kidam, cikgu Jamari Talib, cikgu Sofiah, cikgu Ahmad Salleh, cikgu Isa, Sir Hassan Shah, teacher Hamidah, cikgu Salha Majid dan ramai lagi pernah mengajar di sini sebelum melebarkan sayap ke tempat tempat lain.
Kegiatan kegiatan disekolah ini amat menarik kerana usaha tenaga tenaga pengajar itu sendiri. Pada masa itu pengetuanya ialah Arwah Jamal Bagoo yang mengambil berat tentang kemajuan akademik dan kegiatan luar darjah. Saperti contoh, cikgu Mohd Kassim dan cikgu Yatiman yusof cukup aktif dalam usaha usaha memajukan sukan seperti sepak takraw, olahraga dan lain lain di samping usaha mereka untuk memajukan akademik para pelajar. Cikgu Bahri Rajib yang 'handsome' pula cukup aktif dalam bidang muzik. Aku masih ingat lagi lagu 'sama sama maju kehadapan' yang di ajar oleh cikgu Bahri Rajib disamping kuiz pengetahuan am yang selalu di adakan untuk mempelbagaikan cara pengajarannya. Alhamdulillah aku masih dapat bertemu cikgu Bahri Rajib hingga ke hari ini.
Peperiksaan PSLE tahun 1971 itu membuktikan lagi kebolehan dan prestasi cikgu Jamilah Ghazali dalam mempastikan kejayaan 100% anak anak muridnya. Semua anak anak murid beliau dari kelas 6A berjaya dalam peperiksaan itu dan melangkah ke sekolah menengah. Cikgu Jamilah Ghazali memang hebat dan jasanya tidak pernah aku lupakan walau hingga ke akhir hayat disamping semua cikgu cikgu yang aku sebutkan tadi. Terima kasih cikgu...

Sunday, June 21, 2009

Berhijrah ke Radin Mas, Singapura 1962.










Sebenarnya aku sendiri tidak ingat bagaimana penghijrahan ke Singapura berlaku. Aku terlalu kecil untuk mengingati peristiwa tersebut. Yang aku ingat ialah aku telah berada di Kampong Radin Mas berdekatan dengan Kampong Baru. Bagaimana aku boleh berada di Singapura juga agak 'complicated' ceritanya. Di pendekkan cerita ibu ku telah berkahwin dengan orang Singapura setelah bercerai dengan bapa kandung ku. Ibu ku telah pun mempunyai anak satu semasa bernikah dengan bapa tiriku. Hehe..budak kecil itu adalah aku.
Di Radin Mas, keadaan tidaklah begitu sempurna seperti di kampung aku sendiri di Segamat. Kami menyewa sebuah rumah yang agak buruk dan tidak kukuh..hehe...yang di punyai oleh seorang India bernama Senappa. Bukan Mustaffa ye..Kami tidak mendiami lama rumah tersebut kerana tidak berapa lama kemudian kami berpindah kerumah keluarga ayah ku yang agak besar dengan bilek yang banyak. Oh lupa..sebelum berpindah tu, aku mendapat seorang adik perempuan, Asmah namanya..aku sayang pada adik aku..Kami berkumpul empat keluarga di dalam sebuah rumah. Oleh itu banyak perkara perkara yang tidak enak berlaku. Bayangkan masing masing mempunyai keluarga dan terpaksa menghadapi karenah masing masing. Walau bagaimana pun kami dapat juga bertahan agak lama kerana arwah nenek ayah selalu menyuruh kedua orang tua ku supaya bersabar. Di pendekkan cerita kami berpindah juga kesebuah rumah deret kampung di bahagian yang agak terpencil di Radin Mas. Keadaan di situ jauh lebih baik dengan jiran jiran yang terdiri dari berbilang bangsa. Sebelum berpindah kerumah itu, aku mendapat seorang lagi adik perempuan, Hasnah pula namanya...aku juga sayang pada adik aku..

Aku mula bersekolah semasa kami sudah pun berada di rumah tersebut iaitu pada tahun 1966. Oleh kerana aku tidak mempunyai abang dan kakak di Radin Mas Primary School terpaksalah aku ke sekolah yang lebih jauh ia itu Sekolah Rendah Telok Belangah. Guru pertama ku ialah cikgu Nawi dan dia adalah seorang cikgu yang baik. Hanya hari pertama ibu ku menghantar aku kerana hari berikutnya aku tidak mahu di hantar oleh ibu kerana malu. Kata ku pada ibu 'abang dah besar lah mak, abang boleh pergi sendiri'. Ibu ku pun tersenyum lebar tetapi dengan muka yang agak risau. Hari hari berikutnya aku pergi sendiri ke sekolah dengan berjalan kaki. Peperiksaan penggal satu tahun itu aku mendapat nombor 8. Teruk juga tapi satu permulaan yang baik. Yang nombor satu dan dua pada masa itu ialah Zainab Salleh dan Zaleha Sulaiman. Dimana agaknya mereka sekarang? hehe....
Aku memang minat belajar dari mula mula masuk sekolah. Aku banyak menghabiskan masa aku dengan melukis. Serius! memang aku suka melukis. Bukanlah aku pandai melukis sangat tetapi ada sahaja yang aku ingin lukiskan sambil berbaring di lantai. Kapal terbang, kapal, kereta semuanya aku lukis. Cantik atau tidak itu bukan persoalannya. Yang penting aku gembira. Peperiksaan seterusnya melihatkan peningkatan ku dalam bidang akademik. Aku ingat kedudukan ku ialah nombor 3 dan 4 di dalam darjah setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan. Di rumah aku di hantar mengaji disebelah rumah. Yang mengajar aku ialah Pak Sawi dan anak anaknya. Sebuah keluarga keturunan Bawean yang cukup baik dengan kami. Aku dianggap sebagai keluarga oleh mereka. Mungkin aku pun 'cute' agaknya jadi ramailah kakak kakak angkat yang ingin membelai aku...hehe..Aku masih ingat bagaimana kak Rohani dan Kak Radiah menjaga dan bermain dengan ku bila ayah ibu meninggalkan aku untuk pergi membeli belah. Membeli belah bukanlah di shopping centre tetapi di pasar Kampong Baru yang agak kotor dan sesak. Hehe...masa itu dah kira okaylah tu.... Belum pun lama tinggal di situ kami berpindah lagi dengan tergesa gesa. Keluarga ku di beri sebuah rumah deret oleh pemerintah di Radin Mas Primary School. Dulu dulu kita panggil 'quarters' dan jarang di panggil masa kini kerana kurang yang mendiami quarters. Kami tinggal disana hingga pertengahan tahun 1968. Di situ kami berjiran dengan pak Dollah yang seusia dengan ayah ku. Yang aku ingat ayah ku siap berkongsi berniaga durian dengan pak Dollah tu. Dimana agaknya pak Dollah tu sekarang ye?. Perniagaan durian itu bukanlah menguntungkan sangat. Yang kenyang ialah perut perut kami dua keluarga..hehe..

Di sini aku agak nakal sedikit kerana berjiran dengan ramai anak anak yang agak sebaya dengan ku. Quarters disitu pula mempunyai lebih kurang 4 atau 6 pintu. Aku pun tak berapa ingat. Jadi bayangkan lah betapa meriahnya kehidupan aku disana. Aku selalu tangkap spider dan mendaki bukit Mount Faber bersama sama anak wak Semadi dan anak anak wak Kali sambil bermain senapang kayu dan lastik. Seronokkan kehidupan seorang kanak kanak pada masa itu? Keseronokan berkawan dan kebebasan membawa padah pada diri ku. Peperiksaan penggal pertama tahun itu aku mendapat nombor 14. Sebelum ini aku tidak pernah mendapat nombor sebesar itu. Apa lagi ibu ku tersangat marah dan aku di 'pukul' seteruk teruknya. Itu lah yang dikatakan 'punishment and reward approach'. Kebebasan aku terus di sekat dan pelajaran aku di pantau. Ekoran dari itu, peperiksaan pertengahan tahun itu aku mendapat nombor 3 semula. Sebenarnya aku ni agak pandai juga..hehe....apabila di tanya apakah cita cita ku pada masa itu, aku akan menjawab nak jadi sojar..'soldier' lah tu atau pun askar. Masa tu aku sendiri tidak tahu apa itu arkitek, jurutera, akauntan atau peguam. Doktor aku tahu sebab selalu pergi klinik.

Kenapa pula aku ingin blogging?

Assalamualaikum Wr. Wb.

Kenapa pula aku ingin blogging? Jawapannya amat mudah. Aku ingin merekodkan perjalanan hidup ku yang hampir memasuki separuh abad ini. Pada hujung tahun ini genaplah usia ku 50 tahun dan pada usia sematang ini aku ingin berkongsi semua pengalaman hidup aku dengan orang orang yang melalui pengalaman hidup yang sama dengan ku atau pun yang sama sama menjadi pelakon pelakon dalam episod kehidupan ku. Tetapi aku bukanlah seorang selebriti yang terkenal ataupun seorang ahli politik yang bijak membicarakan nasib bangsa dan hal hal negara atau pun seorang ahli perniagaan yang telah membina empire perniagaannya sendiri. Aku hanyalah seorang manusia kerdil yang ingin mencari kebahagiaan dan kedamaian sebenar dalam hidup ini.

A little bit about myself that I would like to share with everybody. My name is durable mud-bricks. I was born in Segamat, Johore about 50 years ago. My hometown is a small town seventy miles west of Malacca. We lived there until 1962, when my family moved to Singapore. Singapore is a big city- state with a population of approximately 4.8 millions. I started school when I was six years old. I went to Telok Belangah Primary School from 1966 to mid 1968 and then moved to Jervois West Primary School in mid 1968 and completed PSLE in 1971.
I attended Buona Vista Secondary School for four years from 1972 to 1975. I was very active in clubs and organizations. I thoroughly enjoyed my time in secondary school and found many ways to excel. I was chosen as one of the best students for my academic and extra curricular activities performance.
I am a cleaning supervisor with Civil Aviation Authority of Singapore...hehehe....The position supervises up to approximately thirty cleaners in the maintenance office. I am responsible for the cleaning of toilet facilities within the airport, preparing and checking of all checklists. I acknowledge cleaning programme and continuously monitor and ultimately achieve their objectives. Above all, I also supervise the timely execution of the cleaning works and maintain quality control and ensure that all cleaning works are carried out in accordance with the contract specifications and site inspection.

Finally, as a person, I get excited over minimal things. I smile a lot, love to laugh, and love to make other people laugh (with my lame jokes). Nonetheless, until I get to know them, I am rather shy. In a nutshell, I am quite a goofball, a worrywart, an internet junkie, a clutterphobic, a hopeless romantic, a working bee, a professional procrastinator although I am a cleaner, and sometimes a bit of a perfectionist. I love to read and write. I try to read a book when I get a chance to do so, and on some occasions, compose poems and write short stories other than drawing lines..nothing has changed since my Buona Vista Secondary School days...hehe......I also love to travel and shop, listen to soft music, hunt for food, walk on the beach, take photos, hang out with family and friends, and anything else that will keep me busy during my free time. Above all I am down to earth guy..trying to be an ordinary man or biasa biasa aje dengan menurut perintah yang maha Esa ...