Wooooiisshh..penat aku cuci toilet pagi ni. Banyak betul toilet yang aku cuci. Ye lah passenger ramai menggunakan airport ini. Aku nak bercerita lagi ni.
Selepas tamat pengajian sekolah menengah ku di Singapura, aku pun melanjutkan pelajaran ku ke ITM, Shah Alam di peringkat diploma. Semuanya baru pada ku. Pertama, aku berjauhan dengan keluarga ku. Berjauhan dengan ibu bapa ku dan dua adik perempuan ku. Aku hanya tiga beradik dan aku adalah anak sulong. Masa itu adik adik ku telah pun bersekolah. Seorang disekolah menengah dan seorang disekolah rendah. Kedua, aku tidak pernah tinggal di asrama. Jadi aku merasa amat kekok apabila terpaksa berkongsi semua kemudahan dan juga makan beramai ramai di dewan makan. Ada beberapa orang juga pelajar yang sama sama dengan ku dari Singapura. Ketiga, persekitaran baru juga membuatkan aku 'depressed' dan 'home sick' selalu kerana teringatkan keluarga ku. Tetapi selepas tamat minggu orientasi, aku pun mula mendapat ramai kawan. Masing masing ingin berkawan dengan ku di sebabkan aku datang dari Singapura. Tetapi ada juga yang mengutuk bahawa aku orang LKY..hehe..aku tidak kisah semua tu. Aku terus menghadiri kuliah seperti biasa dan seterusnya menamatkan pengajian ku. Aku tidaklah ingin 'elaborate' tentang pengajian aku di sini. Disini jugalah pada beberapa bulan pertama, fizikal ku menjadi bertambah besar dan tinggi. Ada kelainan pada tubuh ku yang dahulunya kecil tetapi sekarang menjadi besar. Hensem jugak...hehe..oleh itu ramailah teman teman wanita aku di sini. Setiap kali hari valentine tiba, banyaklah aku terima kad kad dari 'secret admirers' aku. Entah siapa siapa pun aku tak tahu. Tapi seronok juga menerima banyak kad kad tu.
Di samping belajar aku juga mempunyai ramai teman lelaki dan wanita dari 'school' yang lain. Aku menuntut di School of Architecture dan terdapat 7 atau 8 'school' pada masa itu. Teman rapat wanita ku yang pertama di situ ialah Saidatul Ikhsan, seorang gadis dari 'School of Business' yang berasal dari Kuantan. Tidak lama kemudian kami tidak bertegur sapa lagi kerana Saidatul di pikat oleh seorang penuntut dari 'School of Engineering' mirip John Travolta. Masa tu zaman 'saturday night fever'..hehe...Agak lama juga aku bersendirian tetapi aku tidak pernah kekurangan kawan kawan disekeliling ku. Kemudian aku disenangi oleh seorang penuntut dari Kelantan yang bernama Nik Hasniah Nik Hassan dan terus menjadi rapat dengan ku. Pada masa itu aku sudah pun berada ditahun 3 dan Nik di tahun satu dari School of Hotel Management and Catering. Perhubungan kami agak lama juga tetapi putus ditengah jalan kerana keluarga Nik memutuskan untuk mengahwinkan Nik dengan seorang doktor yang baru pulang dari Egypt. Frust aku dibuatnya..hukhukhuk...macam dalam lagu pulak.
Semasa cuti dan pulang ke Singapura aku rapat pula dengan Salimah Mahmud (masa tu dia belum popular lagi) tetapi disebabkan oleh 'preference' yang berlainan dalam hidup, kami kemudiannya membawa haluan masing masing. Teringat aku semasa menonton filem 'the champ' bersama Salimah..hehe.. Selepas itu aku mempunyai teman rapat yang bernama Norlinda Mohd Said. Kami berkawan agak lama juga tetapi akhirnya kami berpisah juga di sebabkan aku menemui 'seseorang'. Disamping itu aku masih menemui Normahdiah Sadli, Masslaily Marzuki, Sabariah Ramilan, Siti Rusminah Jaafar dan ada masanya aku keluar dengan Rohana Musni. Mereka ini semua adalah kawan kawan yang rapat dengan ku. Di waktu lain pula aku akan keluar bersama Norazni Jirkaseh, Mohd Noor Mohd, Sujak Bakir, Karim Latiff dan lain lain.
Pulang cuti semula ke ITM, aku amat disenangi oleh Raihanah Abdul Rahman, seorang penuntut Chartered Institute of Insurance dan seorang model iklan sambilan. Aku tidak tahu sama ada beliau betul betul menyukai aku atau hanya ingin bersama dengan ku kerana boy friend nya pada masa itu berada di Canada. Tetapi apa yang pasti, setiap kali aku cuba menjauhkan diri darinya, dia akan mencari ku kembali. Kadang kadang aku jadi bingung kerana perhubungan itu tidak jelas kedudukannya..hehe...Perhubungan kami berakhir apabila aku tamat pengajian ku dan aku terpaksa meninggalkan Kuala Lumpur kerana berkhidmat di Johor Bahru. Nanti aku sambung lagi sebab aku nak betulkan paip yang bocor di dalam toilet. Nanti aku kena marah pula dengan Boss aku.....
Apabila berkhidmat di Johor Bahru, aku terpaksa berulang alik kerana tinggal di Singapura. Sebenarnya, aku sengaja meminta di tukarkan ke Johor Bahru setelah bekerja lebih kurang 1 minggu di Kuala Lumpur. Aku adalah seorang pegawai persekutuan dan aku boleh di tugaskan di mana mana ke seluruh Malaysia. Untuk rekod, aku telah pun tersangkut dengan seseorang di Singapura. Hehe..aku akan ceritakan dalam episod seterusnya...
No comments:
Post a Comment