Monday, June 29, 2009

Waktu remaja di BVSS, 1975

Aku kira waktu yang terindah buat ku ialah semasa aku di tingkatan empat BVSS dan waktu aku berada di ITM, Shah Alam. Tetapi untuk episod ini biarlah aku ceritakan hanya waktu aku berada di Buona Vista Secondary School.
Kehidupan sebagai pelajar adalah sesuatu yang manis dilalui oleh semua orang. Kenakalan disamping cuba mengimbangi dengan kebaikan dan juga kesibukan sebagai seorang pelajar merupakan agenda utama kehidupan aku masa itu. Aku sebenarnya cukup sibuk dengan aktiviti aktiviti harian ku. Pagi pagi aku telah bangun dan kadang kadang hingga malam baru aku pulang. Namun agenda utama ku iaitu menumpukan pada pelajaran tidak pernah aku abaikan. Melalui program yang di adakan oleh persatuan Himpunan Belia Islam (HBI) aku dapat mengenali lebih ramai kawan kawan baru dari seluruh Singapura melalui program kepimpinan, usrah, majlis ilmu dan lain lain program akedemik. Melalui program program ini aku telah di kumpulkan bersama sama pelajar lain untuk menjadi cemerlang dalam bidang akedemik di samping cuba menjadi insan berperibadi tinggi. HBI pada masa itu di ketuai oleh cikgu Maarof Salleh (yang kemudianya menjadi presiden MUIS) dan dibantu oleh cikgu Awang, cikgu Rahim Yassin, Cikgu Sulaiman, cikgu Rohani dan ramai lagi. Melalui program ini aku mengenali Rahim Kamari, Alias Awang, Zainuddin, Hassan Jaafar, Siti Rusminah Jaafar (pada satu ketika kami menjadi teman rapat), Halifah Hamzah (mana agaknya Halifah sekarang), Pairah Satariman, Rosminati Fahmin, Agamah Ibrahim dan ramai lagi. Banyak cerita yang kami kongsi bersama dan semuanya banyak kisah kisah suka di alam remaja.
Di sekolah pula aku menjadi amat rapat dengan Sabariah Ramilan. Seorang gadis yang cukup 'charming', likeable, adorable, aktif, bijak, cepat mesra dan mempunyai perwatakan yang menarik. Tidak pun begitu lama 'persahabatan' kami menjadi jauh sedikit tetapi masih menjadi teman yang baik walau pun hingga ke hari ini. Dia lah gadis pertama yang menjadi 'teman' rapat ku, so to speak...Kemudian aku berkawan rapat dengan Rosidah Rahmat, seorang gadis yang cukup baik, sopan dan manis. Rosidah Rahmat juga mempunyai ramai peminat...aku terpaksa berhenti dahulu sebab kena refill sabun..hehe
Aku juga amat aktif dalam bidang sukan bolasepak. Di rumah aku menyertai sebuah pasukan bolasepak yang dinamakan Jervois Commando. Kami menyertai banyak perlawanan liga tempatan seperti Police Cup, Ponggal Cup, Alexandra Cup dan banyak lagi. Setiap pertandingan kami akan menjadi juara atau naib juara. Aku bermain sebagai pemain sayap kanan. Aku memang minat bolasepak hinggalah aku ke ITM dan kemudian tidak langsung bermain kerana tuntutan kursus ku yang sungguh mencabar dan memerlukan pengorbanan waktu.
Selepas pertandingan kuiz sains, aku bersama Azman menjadi rapat dengan pelajar pelajar Kaki Bukit. Kami belajar bersama sama dengan Normahdiah Sadli, Masslaily dan juga Mohd Noor. Kadang kadang di sekolah kami dan kadang kadang di sekolah mereka. Untuk rekod, Normahdiah Sadli merupakan penuntut terbaik GCE 'O' level di Singapura pada tahun 1975 dengan 6 agregat. Kami semua hanyalah sekadar melebihi 10 agregat. Normahdiah memang pandai....dan juga teman baik ku. Masslaily juga adalah teman baik ku juga..hehe..
Aku juga menjadi teman baik kepada Rosminati Fahmin, seorang gadis yang cantik dan manis. Bukan kami sahaja yang berkawan baik, keluarga kami juga berkawan baik. Aku sering ke rumah Ros dan begitu juga Ros. Kami berdua cukup rapat dan memahami hati budi masing masing. Selepas tamat peperiksaan GCE, aku tidak lagi bertemu dengan Ros. Aku mendapat tahu bahawa Ros melanjutkan pelajaran 'A' level nya di Sang Nila Utama. Pairah Satariman pula seorang yang sangat aku senangi kerana kebijaksanaannya dan kata kata lawaknya yang membuatkan ku sering ketawa. Agamah Ibrahim pula seorang yang serius dalam pelajaran tetapi senang di dekati. Berpuluh tahun kemudian, semasa aku berada di KL, aku mendapat berita bahawa Agamah telah pulang ke Rahmatullah...kerana penyakit barah. Aku sempat menalipon suami beliau untuk menyampaikan salam takziah. Al-fatihah untuk arwahnya...
Tahun 1975 aku akhiri dengan nota positif. Aku tamat peperiksaan GCE 'O' Level dengan keputusan cemerlang dan mendapat tempat di Maktab Rendah Kebangsaan untuk pengajian di peringkat 'A' Level tetapi mengambil keputusan untuk pergi Ke ITM kerana aku adalah seorang rakyat Malaysia. Aku masih berkawan rapat dengan semua yang ku sebutkan tadi walaupun aku telah berada di Kuala Lumpur. Setiap musim cuti aku akan pulang ke Singapura dan menziarah teman teman ku sama ada yang berada di Politeknik Singapura atau pun yang sedang menuntut di NUS. Setiap kali cuti berakhir aku akan di hantar teman teman yang berlainan sama ada di stesyen keretapi atau pun di stesyen bas....maklumlah aku ini mempunyai ramai teman....

4 comments:

  1. terima kasih Razak. You brought back good memories...i recognise most of the persons (especially the girls hahaha... kita serupa...)you mentioned....pls tell us more...

    Azman

    ReplyDelete
  2. Sama sama Azman.Those were the good old days.... I am sure it wasn't pure coincidence. I must say that the best part of this journey was in Singapore. We underwent the same experience with the same circle of friends and scripts.. Hehehe...belum sempat nak sambung menulis sebab tiba tiba banyak pula toilet kena cuci...

    ReplyDelete
  3. I still remember...Nov 1975.... the four of us..(you know who) were at Tg Pagar Railway Station...sending me off....I was leaving Spore for good...how touching

    How time flies...if only we could turn back the clock.... say by 35 years.....

    ReplyDelete
  4. I can still remember...it would be good Man, but you know very well that it is impossible. We can only bring back good memories so that we can share with the rest and move forward...

    ReplyDelete