Tuesday, June 23, 2009

Jervois West Primary School, 1968-1971

Seperti yang aku katakan sebelum ini bahawa pada pertengahan tahun 1968 aku berpindah lagi. Bukan sahaja aku berpindah rumah tetapi turut berpindah sekolah. Aku berpindah ke quarters Sekolah Rendah Jervois Barat kerana ayah ku adalah orang yang paling penting di sekolah itu... hehe....tanpa ayah aku, sekolah itu tidak dapat beropearasi. Pada masa itu aku berada di dalam darjah tiga. Dari Sekolah Rendah Telok Belangah aku bertukar ke Sekolah Rendah Jervois Barat.
Apabila bertukar sekolah baru aku pun mendapat ramai kawan baru. Aku pun kurang ingat nama nama mereka kerana sudah terlalu lama. Aku masih ingat nama nama seperti Kamsari Astro, Peah Musa, Musa 'HITAM'..hehe..sorry Musa sebab kulitnya agak gelap sikit, Yusuff Alwi, Jumaat, Kamsani Mohd Amin, Suharto Pawiro, Radiah Junan, Noraishah Sarnoyarno, Rohana Jailani, Zaiton Tiron, Monjiat Hayat, Faridah Ahmad, Pungot Marto, Noraziah Salim, Rahmah, Masturah, Mohd Khaidir, Sapiah Aziz, Azarang, Ghazali Shamsudin dan ramai lagi. Masa tu guru darjah aku ialah cikgu Aminah Jaafar. Cikgu yang baik tetapi amat tegas apabila mengajar. Guru bahasa Inggeris ialah teacher Hasnah..hehe..cantik gila macam Mat Salleh sikit. Kawan kawan yang sama ini jugalah yang bersama sama aku hingga ke darjah empat apabila budak budak dari pulau Bukom menyertai kami seperti Sainab Ahmad, Durahman Arsyad dan lain lain. Dalam darjah empat cikgu kami ialah cikgu Bahri Rajib, seorang guru serba boleh dan menjadi guru favourite aku. Beliau boleh menyanyi serta bermain alat alat muzik disamping mengajar beberapa mata pelajaran. Darjah lima pula guru darjah aku ialah cikgu Mosiah Wahid, seorang lagi guru yang disenangi oleh semua murid murid kerana kelembutan dan keperihatinnya terhadap anak anak muridnya.
Apabila kami melangkah ke darjah enam, ramai diantara kami terpaksa berpisah kerana untuk ke darjah 6A, keputusan peperiksaan haruslah diantara 40 terbaik dari kira kira 250 murid murid. Seperti biasa aku tidak mempunyai masalah untuk ditempatkan di kelas 6A. Masa itu guru darjah kami ialah cikgu Jamilah Ghazali yang mempunyai 'track record' 100% muridnya ke sekolah menengah. Dalam kelas 6A ini termasuklah Nordin Sueb, Fatimah Embi, Salleh Sawam, seorang lagi Khamsani disamping Kamsani Mohd Amin dan beberapa orang lagi. Untuk rekod, semua keputusan nombor satu dari darjah tiga hingga darjah enam ini di pulun oleh sama ada Kamsari Astro, Peah Musa atau pun Faridah Ahmad..berganti ganti. Aku hanya berjaya mendapat nombor 4, 5 dan ada masanya nombor 3 berganti ganti dengan Rohana Jailani, Zaiton Tiron, Sainab Ahmad dan mungkin Noraziah Salim...hehe..anak ustaz Salim Redawi.
Yang menarik tentang sekolah ini ialah ramai cendiakawan dan selebriti dapat di lahirkan sama ada dari kalangan guru guru dan dari kalangan murid muridnya sendiri. Penyanyi Sanisah Huri adalah bekas pelajar sekolah ini. En. Yatiman Yusof, seorang pemimpin di Singapura juga pernah mengajar di sekolah ini disamping isteri beliau cikgu Saadiah (masa tu belum lagi jadi suami isteri). Senior senior setahun aku seperti Amanah Mustafi dan Sumarni Rus juga belajar di sini. Cikgu Mohd Kassim, cikgu Salleh Kidam, cikgu Jamari Talib, cikgu Sofiah, cikgu Ahmad Salleh, cikgu Isa, Sir Hassan Shah, teacher Hamidah, cikgu Salha Majid dan ramai lagi pernah mengajar di sini sebelum melebarkan sayap ke tempat tempat lain.
Kegiatan kegiatan disekolah ini amat menarik kerana usaha tenaga tenaga pengajar itu sendiri. Pada masa itu pengetuanya ialah Arwah Jamal Bagoo yang mengambil berat tentang kemajuan akademik dan kegiatan luar darjah. Saperti contoh, cikgu Mohd Kassim dan cikgu Yatiman yusof cukup aktif dalam usaha usaha memajukan sukan seperti sepak takraw, olahraga dan lain lain di samping usaha mereka untuk memajukan akademik para pelajar. Cikgu Bahri Rajib yang 'handsome' pula cukup aktif dalam bidang muzik. Aku masih ingat lagi lagu 'sama sama maju kehadapan' yang di ajar oleh cikgu Bahri Rajib disamping kuiz pengetahuan am yang selalu di adakan untuk mempelbagaikan cara pengajarannya. Alhamdulillah aku masih dapat bertemu cikgu Bahri Rajib hingga ke hari ini.
Peperiksaan PSLE tahun 1971 itu membuktikan lagi kebolehan dan prestasi cikgu Jamilah Ghazali dalam mempastikan kejayaan 100% anak anak muridnya. Semua anak anak murid beliau dari kelas 6A berjaya dalam peperiksaan itu dan melangkah ke sekolah menengah. Cikgu Jamilah Ghazali memang hebat dan jasanya tidak pernah aku lupakan walau hingga ke akhir hayat disamping semua cikgu cikgu yang aku sebutkan tadi. Terima kasih cikgu...

2 comments:

  1. Saya juga pelajar thn 1971-76..ingat sgt cikgu Bahri Rejab

    ReplyDelete
  2. Sama tahun dngn saya. Agk nya awak kenal saya..

    ReplyDelete