Sunday, June 28, 2009

2 tahun terakhir di BVSS, 1974-1975

Pada penghujung tahun 1973, semua pelajar pelajar tingkatan 2 diwajibkan menduduki peperiksaan 'aptitude test' atau pun peperiksan kecekapan di samping peperiksaan akademik. Peperiksaan ini amat penting kerana ia akan menentukan aliran akademik seterusnya iaitu sama ada berada di dalam aliran teknikal atau sastera.
Selepas mendapat keputusan peperiksaan aku berjaya dengan cemerlang ia itu 98/100 dan aku juga lulus semua mata pelajaran tingkatan dua dengan boleh di katakan cemerlang juga. Aku di tempatkan dalam menengah 3A. Bersama sama aku terdapat tiga lagi pelajar lelaki iaitu Karim Latiff, Nordin Kassim dan Mohd Said. Yang selebihnya dan majoritinya adalah pelajar pelajar perempuan. Guru darjah ku ialah cikgu Marican. Aku duduk di tepi tingkap dan meja di susun secara berasingan. Sebelah ku ialah Habibah Ibrahim. Di belakang Habibah ialah Rohana Musni. Belakang Rohana ialah Nordin Kassim. Duduk belakang ku ialah Karim Latiff dan di belakangnya ialah Mohd Said. Dihadapan ku ialah Latifah Bee dan sebelahnya ialah Fatimah Maarof. Lebih kurang begitulah posisi tempat duduk kami didalam kelas. Pelajar pelajar perempuan yang lain ialah Jamaliah Ahmad, Norati Bakar, Salmah Mohd Noor, Hamisliah Man, Kaltom Ta'wan, Fatimah Embi, Rahmah Akib, Ramonah, Jaliah Shamsudin, Karisah Subari, Marfoah dan ramai lagi yang tidak dapat disebut disini kerana sudah lupa. Ketua darjah ku ialah Jamaliah Ahmad.
Di kelas sebelah iaitu 3B pula ialah Sabariah Ramilan, Asgar Hanif, Peah Musa, Pungot Marto, Rohana Jailani, Azman Shabudin, Masturah Mohd Dan, Salbiah Hani, Mariam, Sumilah Samuri, Suaidah Sinwan, Supandi Yusoff, Rahmah Sulaiman, Sabidin Karim, Rais, Monjiat Hayat, Sainab Ahmad, Zaiton Tiron, Siti Alawiyah, Rosidah Rahmat, Tubah Samin dan ramai lagi. Guru darjah mereka ialah cikgu Rahim Arshad. Tapi aku kurang pasti. Yang pastinya cikgu Selamat Omar adalah guru darjah mereka apabila mereka di tingkatan 4B. Kelas 3A dan 3B adalah dua kelas aliran teknikal. Sementara 4 kelas lagi ialah aliran sastera iaitu 3C, 3D, 3E and 3F.
Ada dua teman baik ku yang amat pintar dalam prestasi akademik tetapi tidak dapat ke aliran teknikal iaitu Norazni Jirkaseh dan Sujak Bakir. Mereka mengikuti semua mata pelajaran bersama sama kelas aku cuma mereka tidak mengambil mata pelajaran teknikal sahaja. Mereka di kategorikan sebagai pelajar aliran sains. Jadi terdapat 6 pelajar pelajar lelaki di dalam kelas ku kecuali bila kami mengikuti pelajaran teknikal mereka tidak menyertai kami.
Masa itu saiz badan ku masih juga kecil kerana belum baligh kot..hehehe...Aku berasa amat gembira kerana mempunyai teman teman baru termasuk ramai pelajar pelajar perempuan. Aku berkawan rapat dengan semua anggota kelas 3A tidak kira sama ada mereka lelaki atau perempuan. Norazni dan Sujak juga rapat dengan semua pelajar pelajar kelas 3A. Pengalaman baru menyertai kelas yang bercampur ini sungguh menggembirakan aku kerana aku dapat ramai kawan kawan perempuan yang dahulunya aku tidak kenal. Tahun itu, keputusan peperiksaan di dahului oleh aku, Rohana Musni dan Jamaliah Ahmad.
Tahun 4 tidak banyak berubah kerana aku masih bersama pelajar pelajar yang sama di dalam kelas 4A. Aku mempunyai lebih ramai kawan yang terdiri dari pelajar pelajar kelas kelas lain dan telah menjadi teman rapat dengan Norazni Jirkaseh, Azman Shabudin, Sujak Bakir dan lain lain lagi. Tahun 4 juga aku telah di pileh mewakili sekolah ku didalam pertandingan bahas seluruh Singapura dan Quiz sains peringkat kebangsaan. Kedua duanya aku mendapat naib johan. Pertandingan bahas kami kalah kepada Tanjong Katong Girls School dan kuiz sains kami di kalahkan oleh Kaki Bukit Secondary Schools yang di anggotai oleh Normahdiah Sadli, Masslaily Marzuki (dimana salah seorang darinya menjadi isteri ku kemudiannya) dan Zakaria. Peserta peserta yang mewakili sekolah ku pula ialah Siti Alawiyah dari 4B, seorang penuntut dari kelas 4C yang bernama Junaidah Aziz dan aku sendiri dari 4A. Oh ya guru darjah ku ialah cikgu Ashari Alwi. Seorang guru yang sungguh tegas dan juga adalah guru disiplin sekolah ku. Aku pernah dimarahi kerana ponteng sekolah kerana menonton perlawanan tinju diantara Muhammad Ali dan Joe Bugner. Teruk betul aku dimarahi beliau sehingga mukanya menjadi merah. Tapi aku tahu bahawa cikgu Ashari merasa kehilangan ku walaupun satu hari sahaja aku tidak kesekolah...hehe.. Cikgu Ashari juga adalah guru pembimbing bagi pasukan bahas sekolah ku yang di anggotai oleh Sujak Bakir, Karisah Subari, Sabariah Ramilan, Noraini Rosdi dan aku sendiri. Aku juga telah di tugaskan sebagai 'editor' majallah rasmi sekolah ku pada tahun tersebut di mana cikgu Ashari Alwi adalah guru penasihat bagi penerbitan majallah sekolah ku.

Tahun 4 juga memberikan aku peluang untuk mengalami perasaan 'cinta monyet' bersama sama beberapa orang pelajar di sekolah ku dan di beberapa buah sekolah lagi. Hehe..kelakarkan tapi itu hanyalah cinta yang lahir dari perasaan anak anak remaja. Aku juga tidak dapat melarikan diri dari di landa masalah sebegitu. Nanti aku sambung lagi ye sebab aku kena bersihkan toilet ni..

4 comments:

  1. salam buat saudara.
    Nastolgia. saya juga bersekolah di BVSS mulai 1973 ~ 1976. cuma saya agak kurang pandai, jadi tahun '76 di kelas men. 4B. Rakan sedarjah saperti Ramli, Rahman 'panjang', Rahman 'pendek', Rahman kidal, mariyah, norizan dan entah lah, banyak dah lupa. Kini saya tinggal di kluang. Cuma ingin sangat nak jumpa dengan ustaz .... nama dah lupa, mengajar mata pelajaran ugama islam. kalau saudara mengenali ustaz tersebut, bolehla hubungi saya 012 7240410. terima kasih. johari .

    ReplyDelete
  2. Salam Razak Basri,

    Drpd (Hj) Azman Shabudin

    ReplyDelete
  3. Waalaikumsalam Johacik dan bro Azman,

    Johacik, akan saya usahakan untuk menghubungi ustaz dan sekiranya saya jumpa akan saya hubungi saudara.
    Bro Azman, where have you been? lama sangat tak jumpa. Good to hear from you again..hehe..

    ReplyDelete
  4. Salam Johari,

    Saya diberitahu oleh teman satu batch saya yang Ustaz Zainuri telah pun pulang ke Rahmatullah. Fatihah buat beliau dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempat didalam kalangan orang2 beriman yang dimana kita sudah sedia maklum.

    ReplyDelete